Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran musnah kedai gula-gula, 12 pekerja maut

-

MUMBAI: Kebakaran memusnahka­n sebuah kedai gula- gula di kota Mumbai, India, sebelum subuh semalam, yang menyebabka­n keruntuhan sebuah bangunan yang mengorbank­an 12 pekerja yang sedang tidur, kata pihak berkuasa.

Empat lagi cedera tetapi ada yang menyelamat­kan diri dengan bergegas keluar beberapa saat sebelum bangunan runtuh.

Kru bomba dan penyelamat lain menyelamat­kan ramai pekerja terperangk­ap tetapi 12 meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, kata Tanaji Kamble selaku jurucakap bagi sel pengurusan bencana di Mumbai.

“Kematian boleh jadi jauh lebih tinggi tetapi nasib baik beberapa pekerja berjaya menyelamat­kan diri sebelum bangunan runtuh,” ujar Kamble.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran di kedai berkenaan di bandar pinggir ibu kota kewangan India itu.

Bencana bangunan biasa berlaku di Mumbai, terutamany­a pada waktu musim tengkujuh dari hujung Jun hingga September.

Jutaan hidup dalam hartanah usang yang sesak kerana sewa tinggi dan aktivis berkata pembina dan pemilik perumahan sering melanggar undang-undang untuk menjimatka­n kos.

Pada Ogos lalu tujuh maut selepas sebuah bangunan runtuh di Mumbai setelah hujan lebat turun selama beberapa hari.

Pada Julai lalu, 17 terkorban apabila sebuah bangunan empat tingkat roboh di bandar pinggir utara Ghatkopar.

Pada 2013, 60 maut apabila sebuah blok perumahan runtuh dalam salah satu bencana perumahan terburuk di Mumbai. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RENTUNG: Anggota bomba memeriksa kedai gula-gula di Mumbai selepas kebakaran pada awal pagi semalam mengorbank­an 12 pekerja yang sedang tidur.
— Gambar AFP RENTUNG: Anggota bomba memeriksa kedai gula-gula di Mumbai selepas kebakaran pada awal pagi semalam mengorbank­an 12 pekerja yang sedang tidur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia