Utusan Borneo (Sarawak)

Xiang Xiang buat penampilan pertama di zoo Jepun

-

TOKYO: Seekor anak panda yang dilahirkan enam bulan lalu membuat penampilan pertama di hadapan kamera di Jepun semalam, sehari sebelum orang awam dapat melihat haiwan yang comel itu.

Panda bernama Xiang Xiang itu – diambil dari huruf China bagi “keharuman” – telah mencetuska­n kegilaan media sejak ia dilahirkan pada 12 Jun di Zoo Ueno, Tokyo.

Badan penyiaran menayangka­n siaran secara langsung yang menunjukka­n anak panda itu menaiki pokok perlahan-lahan dan mengunyah buluh dalam kandang khas.

Selain kanak-kanak sekolah tempatan, media terpilih dibenarkan untuk melihat dan merakamkan panda itu menerusi perisai kaca.

Orang awam berpeluang melihat Xiang Xiang buat pertama kali pada hari ini (Selasa), pameran anak panda pertama di zoo itu sejak 1988.

“Xiang Xiang berkembang dengan asuhan penyayang ibunya Shin Shin,” kata Gabenor Tokyo Yuriko Koike di satu majlis, sambil menggambar­kan bayi itu sebagai “khazanah baharu Tokyo”.

Anak panda itu seberat 12.3 kilogram dan sebesar anjing saiz sederhana, kata pegawai zoo, yang menambah keadaannya sihat.

Untuk mengurangk­an tekanan ke atas panda itu dan mengelak orang ramai, zoo itu akan membataska­n jumlah maksimum pelawat kepada 2,000 orang sehari bagi slot seminit dua sehingga hujung Januari.

Zoo itu menerima hampir 250,000 permohonan bagi loteri untuk melihat Xiang Xiang.

Bagi peminat tegar panda yang tidak dapat pergi ke zoo, zoo itu akan menyediaka­n strim hidup bagi kehidupan harian Xiang Xiang selama setahun bermula hari ini.

Si ibu Shin Shin, yang mengawan dengan Ri Ri pada Februari lalu, sebelum ini melahirkan anak pada 2012 – kelahiran panda pertama di zoo itu dalam tempoh 24 tahun – tetapi anak panda itu mati akibat pneumonia enam hari kemudian.

Sejak itu penjaga zoo memberi ruang peribadi kepada panda dewasa dalam usaha untuk mewujudkan persekitar­an bagi makhluk yang pemalu itu untuk mengawan dengan jayanya – satu proses yang begitu susah sekali.

Sehingga baru- baru ini dianggap spesies terancam, ia dianggarka­n kira-kira 2,000 panda gergasi masih wujud di belantara, di tiga buah wilayah di tengah China. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? COMEL: Xiang Xiang membuat penampilan pertama di hadapan kamera di Zoo Ueno di Tokyo semalam.
— Gambar Reuters COMEL: Xiang Xiang membuat penampilan pertama di hadapan kamera di Zoo Ueno di Tokyo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia