Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelamat cari lebih 30 hilang selepas taufan kuat

-

MANILA: Penyelamat menggunaka­n jentolak untuk menggali timbunan lumpur di timur Filipina untuk mencari lebih 30 orang yang hilang selepas taufan kuat mencetuska­n kejadian tanah runtuh pada hujung minggu ini, kata pihak berkuasa semalam.

Taufan Tropika Kai-Tak terus bergerak ke bahagian barat merentasi negara kepulauan itu semalam selepas ia mengorbank­an sekurangku­rangnya 28 nyawa pada hujung minggu lepas kerana kelemasan dan tanah runtuh, kata agensi pemantauan kerajaan.

Kebanyakan mangsa yang terkorban tinggal di wilayah pulau Biliran, yang mengalami kejadian tanah runtuh terburuk yang menimbus banyak rumah.

Penyelamat yang mencari mangsa selamat di pulau itu tidak optimis.

“Terdapat andaian bahawa mereka yang hilang sudah mati,” kata Sofronio Dacillo selaku pegawai pengurusan dan penguranga­n risiko bencana wilayah kepada wartawan AFP.

Pulau pertanian Biliran, dengan populasi seramai lebih 140,000, turut mengalami kerosakan besar kepa- da jalan, jambatan dan sistem tenaga di sana, yang terputus pada hujung minggu lepas.

Bekalan elektrik tidak dijangka dipulihkan sehingga Rabu, kata Dacillo.

“Ia umpama hujan selama dua bulan turun pada satu hari di Biliran. Oleh kerana ini, tanah benar- benar lembut dan itu juga adalah sebabnya kenapa begitu banyak jambatan rosak,” kata jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Harry Roque.

Duterte melawat Biliran lewat semalam untuk memeriksa kerosakan dan usaha menyelamat, kata Roque.

Ribut Kai-Tak tidak begitu kencang, tetapi pergerakan­nya yang perlahan merentasi pulau-pulau tengah membawa hujan lebat dalam tempoh yang lama, sekali gus membanjiri kawasan besar.

Kebanyakan pulau yang dibadai Kai-Tak juga pernah teruk dilanda Taufan Super Haiyan pada 2013, yang menyebabka­n lebih 7,350 orang mati atau hilang.

Dalam satu mesej video yang dipamerkan dalam Facebook, gabenor wilayah pulau itu Gerardo Espina berkata masyarakat kehabisan bahan bakar dan air selepas taufan memusnahka­n ba- nyak jambatan penting, dan menghalang penghantar­an bekalan.

“Daripada semua taufan yang merentasi Biliran, ini adalah taufan yang kita boleh anggap terburuk,” katanya.

Setakat semalam, Kai-Tak – dengan ribut selaju 90 kilometer sejam (ksj) – sudah merentasi bahagian tengah Filipina dan berada di ruang udara pulau barat Palawan, menuju ke barat pada kelajuan 18 ksj, kata stesen cuaca kerajaan.

Kerajaan menjangka taufan itu akan meninggalk­an Filipina hari ini ( Selasa). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia