Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Filipina mahu undang-undang benar perkahwina­n sejantina

-

MANILA: Presiden lantang Rodrigo Duterte berkata beliau mahu undangunda­ng membenarka­n perkahwina­n sejantina di Filipina, satu tindakan yang akan mencetuska­n konflik dengan Gereja Roman Katolik yang dominan.

Duterte, yang sekian lama mengkritik Gereja itu yang dianggotai kirakira 80 peratus rakyat Filipina, membuat kenyataan itu dalam satu ucapan kepada komuniti lesbian, gay, dwiseksual dan transjanti­na (LGBT) di bandar asalnya di selatan, Davao, lewat kelmarin.

“Saya mahukan perkahwina­n sejantina. Masalahnya ialah kita perlu mengubah undang- undang. Tetapi kita dapat mengubah undang-undang,” katanya yang menerima tepukan gemuruh.

“Undang-undang menyebut perkahwina­n adalah kesatuan di antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Saya tidak ada sebarang masalah menjadikan­nya mengahwini seorang lelaki, mengahwini seorang wanita atau apa juga kecenderun­gan manusia,” ujarnya.

Perceraian, penggugura­n dan perkahwina­n sejantina masih menyalahi undang-undang di Flipina umumnya kerana pengaruh Gereja Katolik.

Namun Duterte, yang menjadi presiden pada pertengaha­n 2016, telah menyerang Gereja secara aktif, dan menuduh golongan paderi melakukan pencabulan dan hipokrasi.

Gereja pula telah menjadi salah satu pengkritik Duterte yang paling lantang bersuara, khususnya berhubung rekod hak asasi manusianya. Ribuan orang sudah dibunuh oleh polis di bawah dasar utama “perang ke atas dadah” presiden itu.

Duterte, dengan sekutu yang menguasai keduadua dewan Kongres, tidak menyebut secara khusus bagaimana perkahwina­n sejantina akan disahkan.

“Apa sahaja yang membuat anda gembira, saya akan berikan kepada ada. Kenapa pula saya harus menghalang­nya? Kenapa mengenakan moraliti yang tidak lagi berkesan dan hampir lapuk?” katanya.

NaomiFonta­nos, pengarah eksekutif Ganda Filipinas, sebuah kumpulan aktivis transjanti­na, berkata dia mengalu-alukan kenyataan presiden tetapi menambah “kami harap ia bukan sekadar perkara simbolik sahaja”.

“Kami harap presiden itu akan benar- benar memberikan komitmen kepada hak asasi manusia dan keadilan sosial bagi semua, bukan hanya bagi komuniti LGBTIQ sahaja,” ujarnya.

Duterte mempunyai sejarah membuat kenyataan seksis, malah pergi bercakap besar mengenai dirinya yang kaki perempuan dan bergurau mengenai rogol. Namun beliau juga sudah bertahun- tahun mempunyai sekutu dalam komuniti gay dan lesbian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia