Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga maut pesawat kecil terhempas di Indiana

-

WASHINGTON: Tiga orang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di negeri Indiana, Amerika Syarikat, kata polis kelmarin.

Pesawat enjin tunggal Cessna terjatuh dan terbakar di belakang sebuah rumah dalam kawasan hutan tebal di negeri bahagian tengah barat itu sekitar jam 9.10 malam waktu tempatan Sabtu lepas, Polis Negeri Indiana menyebut dalam satu kenyataan.

Nahas itu “meragut nyawa kesemua tiga orang dalam pesawat” selain seekor anjing, katanya.

“Anjing kedua terselamat dalam nahas itu dan muncul di sebuah kediaman berdekatan. Anjing itu telah dibawa ke veterinar tempatan untuk mendapatka­n rawatan bagi kecederaan,” kata polis. Mereka tidak mendedahka­n identiti mangsa.

Pesawat itu terbang dari Kansas City, Missouri, ke Frederick, Maryland. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia