Utusan Borneo (Sarawak)

Pinera kembali selaku presiden Chile tahun depan

-

SANTIAGO: Hartawan Sebastian Pinera akan kembali memegang kuasa selaku presiden Chile pada tahun depan, menurut keputusan yang dikira lengkap daripada pilihan raya pusingan kedua yang diadakan kelmarin.

Lembaga pilihan raya berkata calon konservati­f berusia 68 tahun itu, dan pernah memimpin negara Amerika Selatan itu dari 2010-2014, memperoleh­i 55 peratus undian, selepas 98 peratus undi dikira.

Pencabar berhaluan kiri Alejandro Guillier, seorang pengacara TV berusia 64 tahun yang menjadi senator dan bertanding sebagai calon bebas yang disokong oleh presiden haluan kiri tengah Michelle Bachelet, mengaku kalah selepas menerima 45 peratus.

“Kita mengalami kekalahan yang sukar,” kata Guillier. Beliau menyeru kepada pembangkan­g untuk “mempertaha­nkan” pembaharua­n yang dimulakan di bawah Bachelet.

Beliau berkata Pinera pulang dengan “kemenangan yang mantap dan tiada cacat cela”.

Pinera akan memimpin negara – pengeluar tembaga utama di dunia – selama empat tahun bermula Mac 2018.

Beliau akan sekali lagi mengambil alih tugas daripada Bachelet, yang dilarang oleh perlembaga­an daripada bertanding semula dalam pilihan raya.

Bachelet dan Pinera bergilir-gilir menjadi presiden sejak Bachelet pertama kali memegang jawatan itu pada 2006. Sejak itu, mereka bersilih ganti memegang kuasa, setiap kali menukar politik Chile di antara haluan kiri tengah dan haluan kanan tengah.

Penyokong Pinera berhimpun di luar ibu pejabat pilihan raya beliau untuk menantikan ucapan kemenangan­nya.

Keputusan pemilihan itu sama sekali tidak pasti selepas Pinera mencatatka­n pencapaian yang jauh rendah berbanding 37 peratus yang dijangkaka­n pada pusingan pertama pilihan raya yang diadakan pada 19 November lepas.

Penganalis­is membuat spekulasi bahawa Guillier dapat memperbaik­i 22 peratus yang diperolehi­nya daripada pusingan tersebut dengan mendapatka­n undi daripada calon haluan kiri lain yang tewas.

Namun pada akhirnya, kebanyakan pengundi lebih percaya kepada pengalaman Pinera, yang bernilai kira-kira AS$2.7 bilion (RM11.6 bilion) dan menggambar diri sebagai pengemudi yang selamat bagi ekonomi kelima terbesar di Amerika Latin itu.

Pengundian berlangsun­g diselubung­i awan suram kelmarin, ekoran kematian lima orang dan kehilangan 18 lagi dalam kejadian banjir lumpur di selatan negara.

Kedua- dua calon mempamerka­n keyakinan, malah Pinera berkata ketika beliau mengundi: “Saya mempunyai keyakinan teguh bahawa kita akan memenangi pilihan raya ini dan waktu yang lebih baik akal dinikmati semua isi rumah di Chile.”

Pinera dan Guillier turut berjanji untuk mengembang­kan tusyen universiti percuma yang diperkenal­kan di bawah Bachelet – satu langkah dengan gema bersejarah di Chile kerana tusyen berbayar diperkenal­kan di bawah pemerintah­an Pinochet pada 1973-1990.

Bagi Pinera, janji itu adalah satu pusingan-U, yang bercanggah dengan satu kenyataan awal yang beliau buat bahawa “benda percuma bermakna kurang komitmen”.

Bakal presiden itu sering diiringi isterinya Cecilia Morel ketika berkempen selain empat anak mereka dan beberapa orang daripada sembilan cucu mereka.

Kehadiran mereka melembutka­n perwatakan­nya di khalayak ramai, menurut seorang anggota rombongann­ya yang enggan dikenali.

Walaupun beliau terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang suka mendesak – beliau terpaksa menarik balik pelaburan termasuk dalam sebuah syarikat penerbanga­n dan sebuah pasukan bola sepak untuk mandat pertamanya – beliau juga mempunyai reputasi sebagai seorang yang berpendidi­kan, lucu dan penuh dengan idea.

Beliau tidak menyembuny­ikan kekayaanny­a, malah memakai jam tangan mencolok mata yang berwarna merah, tema warna untuk kempennya. Namun beliau juga cuba mengunjurk­an imej seseorang yang mengambil berat tentang ketidakadi­lan dan rakyat jelata. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Pinera (tengah) meraikan kemenangan­nya dalam pilihan raya bersama penyokongn­ya di Santiago kelmarin.
— Gambar AFP RAI: Pinera (tengah) meraikan kemenangan­nya dalam pilihan raya bersama penyokongn­ya di Santiago kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia