Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki AS lari dari penjara Kerobokan ditangkap semula

-

DENPASAR: Seorang lelaki Amerika yang disabit kesalahan atas tuduhan dadah dan melarikan diri dari penjara Kerobokan yang terkenal di Bali sudah ditangkap semula di sebuah pulau berdekatan setelah lima hari hidup dalam pelarian, kata polis semalam.

Christian Beasley melarikan diri dari penjara utama di pulau peranginan Indonesia bersama seorang lagi banduan setelah mereka membuat lubang pada bumbung dengan gergaji besi, kata pihak berkuasa.

Banduan berusia 32 tahun itu, yang menunggu hukuman selepas ditangkap Ogos lalu dengan lima gram dadah ganja, ditangkap oleh polis di Lombok, sebuah lagi destinasi percutian popular.

“Dia cuba mengubah penampilan­nya dengan memotong rambut tetapi kami akhirnya menangkapn­ya pada hari Sabtu,” kata ketua penyiasat tempatan Made Pramestia kepada AFP.

“Kami tahu dia tidak dapat pergi jauh kerana dia tidak ada dokumen yang betul dan wang yang mencukupi.”

Beasley lari Isnin lalu bersama Paul Anthony Hoffman, 57.

Hoffman, yang menjalani hukuman selama 20 bulan kerana merompak beberapa kedai runcit menggunaka­n pisau, segera ditangkap semula, manakala Beasley berjaya menaiki feri ke Lombok sebelum dia bersembuny­i selama beberapa hari.

Polis berkata cubaan Beasley untuk lari mungkin bermakna dia akan dijatuhi hukuman penjara yang lebih serius.

Ia tidak segera jelas berapa lama dia akan dipenjara tetapi Indonesia mempunyai undang-undang antara yang paling keras di dunia, dan hukuman mati dikenakan dalam beberapa kes penyeludup­an.

Ketua polis Bali, Petrus Reinhard Golose, berkata beliau sedang menyiasat bagaimana Beasley, dengan nama yang dilaporkan sebelum ini sebagai Chrishan Beasley, berjaya melarikan diri.

“Kita akan menyoal pegawai relevan kenapa insiden seperti ini begitu banyak, mungkin terdapat beberapa prosedur yang mereka tidak endahkan,” kata Golose kepada wartawan semalam.

Tindakan lari dari penjara biasa berlaku di Indonesia, di mana banduan sering ditahan dalam keadaan tidak bersih di penjara yang sesak dan tidak dikawal dengan baik.

Pada Mei lalu, lebih 200 banduan bertindak lari beramai- ramai dari sebuah penjara yang sesak di Pulau Sumatra. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DITANGKAP SEMULA: Gambar serahan polis Badung semalam menunjukka­n Beasley di bilik tahanan di penjara Kerobokan di pulau Bali Indonesia sejurus ditangkap semula di sebuah pulau berhampira­n selepas lima hari melarikan diri dari penjara tersebut.
— Gambar AFP DITANGKAP SEMULA: Gambar serahan polis Badung semalam menunjukka­n Beasley di bilik tahanan di penjara Kerobokan di pulau Bali Indonesia sejurus ditangkap semula di sebuah pulau berhampira­n selepas lima hari melarikan diri dari penjara tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia