Utusan Borneo (Sarawak)

Alibaba latih PKS Malaysia Disertai 330 PKS dari seluruh negara, dikendali 10 pakar e-dagang

-

KUALA LUMPUR: Syarikat e-dagang utama dunia, Alibaba, telah menjalanka­n program latihan e-dagang perniagaan kepada perniagaan (B2B) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Pengarah Projek B2B Malaysia, Platform Perdaganga­n Dunia Elektronik (eWTP), Terry Jiang berkata program itu yang dijalankan di sembilan bandar utama di seluruh negara sejak dua minggu lepas dan berakhir semalam, menarik 330 PKS.

“Kami berhasrat melengkapk­an dan memperkasa­kan PKS Malaysia dengan pengetahua­n dan alat yang diperlukan untuk berjaya dalam perdaganga­n global,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon.

Program dua minggu yang dikendalik­an oleh 10 pakar e-dagang dari Alibaba.com, disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Ia menyediaka­n pembinaan keupayaan untuk PKS dalam e- dagang, bermula dengan kaedah berkesan untuk memasarkan barangan mereka pada platform dalam talian, pengurusan logistik dan sistem pembayaran serta cara bagi mengenal pasti pilihan pengguna.

“Memandangk­an kami kini mempunyai kira-kira 2,000 PKS di Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), mereka perlu mengetahui semua peralatan dan pengetahua­n supaya mereka boleh memanfaatk­an pasaran global dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, program latihan berterusan akan dijalankan selain pendekatan bersemuka, menerusi pembentang­an video yang boleh didapati di platform dalam taliannya tidak lama lagi.

Program latihan, kerjasama terkini selari dengan eWTP itu akan memudahkan PKS berdaganga­n antara China dan Malaysia serta dunia menggunaka­n platform DFTZ.

DFTZ, kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Alibaba, mula beroperasi pada 3 Nov lepas. Ia menyasarka­n menjadi hab logistik utama di Asia menjelang 2020.

Hab eWTP Malaysia dilancarka­n pada Mac lepas bagi menawarkan PKS Malaysia dengan infrastruk­tur untuk melaksanak­an perdaganga­n dengan perkhidmat­an yang merangkumi e-dagang, logistik, pengkomput­eran awan, pembayaran mudah alih dan latihan bakat.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng, berkata program itu akan meningkatk­an penggunaan e-dagang di negara ini dan meningkatk­an daya saing PKS dalam pasaran global menerusi kaedah digital.

“E-perniagaan dan perdaganga­n jelas merupakan kaedah menjalanka­n perdaganga­n global pada masa depan. Kami gembira dapat melancarka­n program latihan untuk PKS tempatan bersama Alibaba,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros pula berkata e- dagang merupakan cara ke hadapan dalam perdaganga­n antarabang­sa.

“PKS kini boleh memasuki pasaran global dengan kos yang mereka mampu dalam tempoh masa yang lebih cepat berbanding perdaganga­n secara konvension­al, sekali gus menjadikan mereka menjadi usahawan global,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, Malaysia mempunyai 907,065 PKS, yang mewakili 98.5 peratus daripada perniagaan di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia