Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat tempatan terajui aktiviti pelaburan di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Langkah Malaysia meletakkan syarikat tempatan sebagai pemacu utama pertumbuha­n negara telah membuahkan hasil.

Menurut Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan baru- baru ini, pelaburan domestik menyumbang 73.5 peratus daripada RM113.5 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor utama, pembuatan dan perkhidmat­an antara Januari dan September 2017, melibatkan 3,886 projek yang dijangka mewujudkan 91,500 pekerjaan.

Bagaimanap­un, agensi itu berkata, jumlah pelaburan susut 26.5 peratus daripada pelaburan yang diluluskan sebanyak RM154.3 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Walaupun kesan asas yang tinggi disebabkan oleh projek-projek yang tidak sentiasa ada seperti di Pengerang dan projek pembanguna­n bersepadu petrokimia di Johor, menjadi faktor di sebalik penurunan tersebut, pelaburan diluluskan yang lebih rendah juga boleh dikaitkan dengan langkah-langkah pengawalan di pasaran hartanah, katanya.

Menurut MIDA, dalam tempoh sembilan bulan, pelaburan dalam sektor utama melonjak sebanyak 390.5 peratus berbanding tahun ke tahun kepada RM9.3 bilion,

Pelaburan oleh sumber domestik berjumlah RM6.4 bilion dan pelaburan asing menyumbang RM2.9 bilion.

Subsektor perlombong­an mendahului pelaburan yang diluluskan, dengan jumlah RM8.6 bilion dalam 21 projek, diikuti subsektor perla- dangan dan komoditi dengan pelaburan sebanyak RM612.5 juta dan bakinya dari subsektor pertanian.

Sementara itu, pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an masing-masing susut sebanyak 15.5 peratus dan 37.6 peratus berbanding tahun ke tahun.

Menurut MIDA, sektor pembuatan terus menarik pelaburan besar, dengan 464 projek bernilai RM35 bilion diluluskan antara Januari dan September 2017, berpotensi mewujudkan 32,700 pekerjaan.

Sebahagian besar pelaburan adalah produk petroleum, termasuk petrokimia (RM12.4 bilion), elektronik dan elektrik (RM8.8 bilion), bahan kimia dan bahan kimia ( RM2.7 bilion), mineral bukan logam (RM2.5 bilion) peralatan saintifik dan pengukuran (RM2.0 bilion).

“Pelaburan domestik adalah dominan, menyumbang hampir 60 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan untuk sektor ini, manakala baki disumbangk­an oleh sumber asing,” kata MIDA.

Sementara itu, sektor perkhidmat­an menarik pelaburan berjumlah RM69.2 bilion daripada 3,386 projek yang dijangka menjana 57,884 pekerjaan.

Ia berkata pelaburan domestik menyumbang 81.2 peratus atau RM56.2 peratus daripada jumlah pelaburan dalam sektor tersebut, manakala selebihnya daripada sumber asing.

Sebahagian besar pelaburan dalam sektor perkhidmat­an adalah daripada hartanah dengan RM28.4 bilion, diikuti oleh teknologi maklumat dan komunikasi (RM7.9 bilion), perdaganga­n pengedaran (RM7.2 bilion), perkhidmat­an kewangan (RM6.6 bilion) dan utiliti (RM6.5 bilion).

MIDA berkata berikutan kajian dasar mengenai skim Pusat Prinsipal (PH) awal tahun ini, ia telah meluluskan enam projek PH dengan pelaburan bernilai RM1.5 bilion pada suku ketiga 2017.

Agensi itu berkata ia sedang menilai beberapa projek PH yang akan membawa kepada pelaburan yang lebih besar.

Mengenai pelaburan asing, Switzerlan­d, Belanda, Singapura, Hong Kong dan Jerman telah muncul sebagai pelabur utama di negara ini, secara bersama menyumbang 63.4 peratus daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor pembuatan bagi tempoh berkenaan.

“Sebanyak 70.4 peratus pelaburan asing dalam sektor pembuatan adalah projek pengembang­an atau pelbagaian oleh para pelabur sedia ada seperti TF-AMD Micro- Electronic­s, Longi, Osram, dan ASE Electronic­s Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Sarawak merupakan penerima pelaburan tertinggi yang diluluskan, berjumlah RM10.5 bilion, diikuti oleh Pulau Pinang (RM9.9 bilion), Johor (RM3.7 bilion), Melaka (RM3.2 bilion) dan Selangor (RM3.0 bilion).

Secara kolektif, negerinege­ri menyumbang 86.6 peratus, atau RM30.3 bilion, kepada jumlah pelaburan yang diluluskan dan projekproj­ek itu akan menyumbang lebih 26,000 peluang pekerjaan kepada negeri-negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia