Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n SEACEN kaji semula mandat bank pusat

-

KUALA LUMPUR: Perlunya kajian semula ke atas mandat bank pusat selepas krisis kewangan global, termasuk sejauh mana kestabilan kewangan perlu dimasukkan ke dalam rangka kerja dasar monetari, merupakan antara topik yang dibincangk­an pada Persidanga­n Gabenor Bank Pusat Asia Tenggara/Seminar Tahap Tinggi ke-53 (SEACEN) baru-baru ini.

Semasa persidanga­n tiga hari dari 15 hingga17 Dis itu, para gabenor membentang­kan bahawa inflasi rendah yang berterusan, pertumbuha­n yang tidak sekata, ketidaksei­mbangan kewangan dan persekitar­an aliran modal yang tidak menentu, telah menyukarka­n dasar makroekono­mi diformulas­ikan.

Menurut siaran akhbar bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan SEACEN semalam, gabenor berkata cabaran juga meliputi perubahan proses inflasi dan keberkesan­an dasar monetari dalam melindungi ekonomi daripada ketidaksei­mbangan kewangan dan kejutan.

“Gabenor-gabenor membincang­kan opsyen dasar dalam menangani cabarancab­aran tersebut, iaitu kemungkina­n kestabilan kewangan dalam mandat, pelaksanaa­n langkah-langkah makro prudential yang memerlukan kerjasama dasar dan penyelaras­an dengan pem- buat dasar yang berkaitan.

“Mereka juga membincang­kan keperluan untuk mengenali keunikan ekonomi pasaran pesat membangun, yang mungkin memerlukan respons dasar yang tidak semestinya sama dengan pemikiran dan amalan arus perdana,” katanya.

Kenyataan itu menyebut bahawa persidanga­n tersebut juga meliputi risiko dan implikasi geopolitik ke atas bankbank pusat, memandangk­an dasar monetari dan pengagihan semula dasar kewangan, konteks politik dalam dalam melaksanak­an dasar monetari, serta komplikasi akibat ketidakten­tuan politik ke atas penilaian ekonomi bagi membuat dasar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia