Utusan Borneo (Sarawak)

BNM, Suruhanjay­a Insurans Thailand akan tingkatkan kerjasama

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Pejabat Suruhanjay­a Insurans Thailand menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi meningkatk­an kerjasama untuk pembanguna­n sektor insurans yang memberi manfaat bersama di kedua-dua negara.

MoU itu akan menyokong langkah-langkah oleh pihak berkuasa kawal aturan insurans di kedua- dua negara dalam mempromosi­kan pasaran insurans yang berkesan dan pelbagai fungsi dalam melindungi pengurusan risiko individu dan perniagaan.

“Ia meliputi aturan yang berkaitan dengan bantuan bersama, pertukaran maklumat selain kerjasama dalam pembanguna­n kapasiti dan bantuan teknikal antara kedua-dua pengawal atur,” kata BNM dalam satu kenyataan semalam.

Ia berkata MoU itu merupakan satu lagi kejayaan penting dalam mengukuhka­n kerjasama antara Malaysia dan Thailand, selari dengan tradisi kawalan selia dan kerjasama pemantauan yang sudah lama wujud dalam sektor kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia