Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank, RHB kekal saranan ‘beli’ ke atas Gamuda

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank telah mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas Gamuda Bhd kerana ia berpotensi mendapat manfaat daripada kontrak Laluan Keretapi Pantai Timur, Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) 3, Keretapi Laju Kuala Lumpur- Singapura dan Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Dalam satu nota semalam, firma penyelidik­an itu berkata, ia juga mengekalka­n harga sasaran RM5.60 sesaham untuk Gamuda.

“Pendapatan bersih suku pertama tahun kewangan 2018 berada dalam jangkaan dan pertumbuha­n tahun ke tahun disokong oleh peningkata­n kerja dalam KVMRT 2 serta jualan hartanah yang lebih kukuh,” katanya.

Sementara itu, RHB Research Institute Sdn Bhd, berkata unit hartanah Gamuda telah mencatat pertumbuha­n pendapatan yang sihat manakala perniagaan konsesinya memberikan pendapatan defensif dan aliran tunai yang stabil.

“Kami berpendapa­t, jangkaan pasaran yang lebih ren- dah semasa serta kemerosota­n harga saham memberi peluang yang baik kepada pelabur mengumpul stok,” katanya.

RHB juga mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas Gamuda dengan harga sasaran RM5.80.

Pada 10.12 pagi, saham Gamuda naik sembilan sen kepada RM4.84 dengan 396,500 saham didagangka­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia