Utusan Borneo (Sarawak)

Penyamaan kadar PSC KLIA, klia2 PSC untuk persaingan adil: MAHB

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) berkata keputusan untuk menyamakan kadar caj Perkhidmat­an Penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( klia2) bertujuan memudahkan persaingan yang lebih adil antara syarikat penerbanga­n yang beroperasi di kedua- dua terminal.

Dalam satu kenyataan semalam, MAHB juga berkata klia2 bukan terminal lapangan terbang kos rendah, sebaliknya merupakan terminal tetap kedua untuk KLIA yang akan menampung pertumbuha­n masa depan lapangan terbang berkenaan.

MAHB berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan Tony Pua daripada DAP bahawa keputusan Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) untuk menyamakan bayaran yang dikenakan oleh klia2 sebagai terminal kos rendah dan KLIA, tidak munasabah, memandangk­an kualiti perkhidmat­an di klia2 lebih rendah berbanding KLIA.

MAHB berkata, kadar PSC yang seragam itu juga membolehka­n Malaysia berada lebih sejajar dengan garis panduan antarabang­sa, termasuk prinsip tiada diskrimina­si harga di lapangan terbang oleh Pertu- buhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO).

“Pada Januari 2017, kerajaan memutuskan PSC di semua lapangan terbang di Malaysia disamakan susulan kajian menyeluruh ke atas caj penerbanga­n dalam keseluruha­n industri itu, oleh MAVCOM,” katanya.

MAHB berkata, mekanisme kadar PSC didasarkan kepada model rangkaian serta rentas- subsidi bagi membolehka­n ia mengendali­kan lapangan terbang di lokasi yang tidak menguntung­kan, seperti landasan berlepas dan mendarat yang pendek.

“Model yang sama dilaksanak­an untuk semua caj aeronautik lain, seperti pen- daratan dan bayaran parkir untuk pesawat.

“Sebagai contoh, kadar yang sama digunakan di Lapangan Terbang Lahad Datu dan di KLIA, tanpa mengira perbezaan kemudahan yang disediakan,” katanya.

MAHB juga berkata kadar PSC bebas daripada kos pembanguna­n lapangan terbang.

“Walaupun negara lain mengenakan caj penumpang dengan kos pembanguna­n lapangan terbang secara berasingan, selain PSC, ini tidak berlaku di Malaysia. Kadar PSC kekal sebagai antara kadar paling murah di rantau ini dan di dunia, termasuk selepas persamaan penuh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia