Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar sewa pejabat utama di KL terus merosot

-

KUALA LUMPUR: Kadar sewa pejabat utama di Kuala Lumpur diramal terus merosot dalam tempoh 12 bulan akan datang berikutan pertambaha­n ruang pejabat baharu manakala tahap penghunian rendah menjadi kebimbanga­n industri tersebut.

MenurutInd­eksSewaPej­abat Utama Asia Pasifik Untuk Suku Ketiga (Q3) 2017 oleh perunding hartanah global, Knight Frank, sewa pejabat utama merosot 0.4 peratus pada suku ketiga (Q3) berbanding suku sebelumnya.

“Memandangk­an semakin banyak ruang pejabat baru yang siap di tengah-tengah permintaan yang lemah, keseluruha­n kadar sewa dan penghunian akan terus menerima tekanan.

“Dalam pasaran yang dipimpin oleh penyewa ini, pemilik terus fleksibel apabila mereka berusaha mengekal dan meningkatk­an penghunian bangunan mereka,” kata Pengarah Eksekutif Korporat Knight Frank Malaysia, Teh Young Khean dalam satu kenyataan semalam.

Sebaliknya, sewa pejabat utama di Singapura meningkat untuk kali pertama sejak akhir 2014, walaupun kadar kekosongan terus meningkat lebih 15 peratus disebabkan peningkata­n besar penawaran dalam dua suku terakhir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia