Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak guna pakai nama PUNB secara tidak sah dikenal pasti

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah mengenal pasti taktik pihak yang tidak bertanggun­gjawab mengguna pakai logo, akronim dan nama PUNB dan mengaku menjadi perantara atau ejen PUNB untuk mengeliruk­an orang ramai.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Azhar Ahmad berkata, PUNB tidak pernah melantik atau menggunaka­n khidmat perantara atau mana-mana persatuan atau ejen atau wakil untuk berurusan dengan usahawan dan bakal usahawan yang memohon pembiayaan PUNB.

Beliau berkata, tindakan ini boleh mengakibat­kan salah tanggapan dan kekeliruan dalam kalangan bakal usahawan dan menegaskan bahawa PUNB tidak mempunyai sebarang kaitan, persamaan dan/atau hubungan dalam apa juga bentuk dan cara sekalipun dengan manamana koperasi atau syarikat, individu, perantara, ejen atau wakil yang menyalah guna logo, akronim atau nama PUNB.

“PUNB memandang serius perkara yang tidak bertanggun­gjawab ini dan tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mana-mana persatuan, pihak ketiga atau ejen yang berterusan menyalah guna logo, akronim dan nama PUNB serta mengaku menjadi perantara atau ejen PUNB,” katanya lagi.

PUNB turut menasihatk­an orang ramai untuk berhatihat­i dengan mana-mana entiti yang menggunaka­n logo atau nama PUNB untuk menjual pelbagai produk pembiayaan dan mengaku menjadi perantara atau ejen bagi pihak PUNB untuk mengeliruk­an orang ramai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia