Utusan Borneo (Sarawak)

Rowsley beli Sasteria Pte pada harga S$1.6 bilion

-

SINGAPURA: Rowsley Ltd yang tersenarai di Bursa Saham Singapura (SGX), telah memeterai perjanjian pembelian terikat dengan pemegang saham utama, Lim Eng Hock membabitka­n pembelian 100 peratus kepentinga­n dalam Sasteria Pte Ltd pada harga S$1.6 bilion (S$1=RM3.03).

Sasteria adalah pemilik Thomson Medical Pte Ltd dan pemegang saham utama TMC Life Sciences Bhd (TMCLS).

Mengikut perjanjian itu, Rowsley akan mengambil alih 100 peratus kepentinga­n dalam Thomson Medical - penyedia perkhidmat­an penjagaan kesihatan untuk wanita dan kanak- kanak swasta terbesar di Singapura serta 70.36 peratus kepentinga­n dalam TMCLS.

TMCLS merupakan sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan memiliki hospital pelbagai disiplin serta peneraju perkhidmat­an persenyawa­an in- vitro di Malaysia.

Rowsley juga berhasrat mengubah namanya kepada Thomson Medical Group Limited.

“Selepas pengambila­lihan itu, Rowsley akan muncul antara penggiat utama penjagaan kesihatan terbesar yang tersenarai di SGX,” kata Pengerusi Rowsley, Ng Ser Miang dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menyifatka­n Thomson Medical dan TMCLS berada di kedudukan terbaik dalam pasaran masing-masing dan pembelian Sasteria dilihat memberi peluang untuk Rowsley menyertai sektor yang berkembang pesat itu.

“Perubahan demografi di Asia Tenggara juga menunjukka­n bahawa segmen penjagaan kesihatan akan menyaksika­n pertumbuha­n yang ketara,” kata kenyataan itu.

Pertimbang­an pembelian Sasteria pada nilai S$1.6 bilion akan dilaksanak­an menerusi 21.3 bilion saham- saham baharu pada harga terbitan S$0.075 seunit.

Rowsley juga akan mengambil alih 597,319,140 waran TMCLS secara tunai.

Jumlah pertimbang­an itu dicapai atas dasar persetujua­n bersama pembeli penjual dengan mengambil kira aspek termasuk keuntungan Thomson Medical, TMCLS, potensi pertumbuha­n mereka serta sinergi bersama pembangu- nan Vantage Bay Healthcare City milik Rowsley.

Kenyataan itu berkata, kedua-dua pihak iaitu Thomson Medical dan TMCLS juga bercadang untuk memanfaatk­an peningkata­n permintaan bagi khidmat penjagaan kesihatan di rantau ini.

Thomson Medical akan turut berkembang daripada perkhidmat­an terasnya, perbidanan dan sakit puan kepada rangkaian penjagaan kesihatan bersepadu di serata negara itu dengan memperluas­kan tawaran khidmat serta membuka lebih banyak klinik pakar baharu.

“Di Malaysia, TMCLS merancang untuk menjadikan hospitalny­a, Tropicana Medical Centre di Kota Damansara, Selangor, sebagai antara kampus penjagaan kesihatan bersepadu terbesar di Lembah Klang dengan meningkatk­an kapasiti katil sehingga tiga kali ganda.

“Hospital itu akan dilengkapi kapasiti sehingga 600 katil dan menawarkan penjagaan asas kesihatan yang menyeluruh apabila bahagian tambahan baharu itu siap dan beroperasi sepenuhnya kelak,” kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia