Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat usaha sama Salcon peroleh kontrak RM77.1 juta

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Salcon Bhd, Salcon Engineerin­g Bhd (SEB), bersama syarikat usaha samanya di Vietnam, memperoleh kontrak pembinaan bernilai 4.26 bilion Dong Vietnam (bersamaan RM77.10 juta).

Dalam makluman kepada Bursa, syarikat itu berkata kontrak tersebut bagi memulihkan dan menaik taraf sistem bekalan air Haiphong yang dianugerah­kan oleh Haiphong Water Joint Stock Company, pihak berkuasa air Haiphong City, Vietnam.

Syarikat usaha sama itu, Bach Dang-Salcon JV, ditubuhkan antara Bach Dang Constructi­on Corp JSC (75%) dan SEB (25%). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia