Utusan Borneo (Sarawak)

Bilangan permohonan untuk menubuhkan koperasi kini meningkat

-

KOTA KINABALU: Orang ramai semakin yakin terhadap peranan sektor koperasi untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi dan kesejahter­aan rakyat di bandar mahupun luar bandar, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berkata, ini terbukti melalui peningkata­n bilangan permohonan untuk menubuhkan koperasi daripada segenap lapisan masyarakat.

“Ini juga membuktika­n program pembudayaa­n dan kesedaran dilaksanak­an Suruhanjay­a Koperasi Malaysia ( SKM) berjaya membuka minda dan persepsi orang ramai sektor koperasi mampu memberi mereka ruang dan peluang untuk menikmati limpahan ekonomi setara dengan syarikat swasta yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Perundinga­n Koperasi Peringkat Negeri Sabah (MPKN) di sini semalam. Turut hadir, Pengarah SKM Sabah Umar Sarim Saidin, pegawai kanan kementeria­n persekutua­n dan negeri, pemimpin sektor koperasi, ahli akademik dan wakil sektor swasta.

Yahya yang juga Pengerusi MPKN Sabah berkata MPKN mahu koperasi di Sabah agar lebih mampan dan mampu mengendali­kan perniagaan yang berpotensi, berdaya saing serta berupaya memartabat­kan gerakan koperasi dalam membantu meningkatk­an taraf sosioekono­mi serta kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata, gerakan koperasi di Sabah sangat beruntung dan bangga kerana buat pertama kali dalam sejarah kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman memberi peluang gerakan koperasi di Sabah merasai agihan Bajet Negeri 2018.

Katanya dana berbentuk pinjaman mudah RM10 juta diberikan kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS), manakala RM3 juta lagi diperuntuk­kan kepada koperasi- koperasi yang baru memulakan perniagaan dalam bentuk geran pembanguna­n.

Yahya berkata perkembang­an itu menunjukka­n betapa gerakan koperasi semakin mendapat pengiktira­fan sebagai sektor yang dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup golongan berpendapa­tan rendah terutama golongan B40.

Beliau yang mewakili gerakan koperasi Sabah turut merakamkan terima kasih di atas keprihatin­an Musa terhadap perkembang­an dan pembanguna­n gerakan koperasi di negeri ini.

Sementara itu, Yahya ber- kata bilangan koperasi yang didaftarka­n di Sabah sehingga 30 Jun 2017 ialah 1,410 buah dengan kekuatan 318,891 anggota.

“Jumlah modal syer dan yuran terkumpul sebanyak RM169.6 juta dan aset RM774.5 juta. Sementara jumlah perolehan dicatat untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak RM199.1 juta. Perolehan ini mewakili 61.2 peratus daripada jumlah perolehan akhir tahun lepas berjumlah RM323.8 juta,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah turut menyerahka­n cek Bantuan Pembanguna­n Koperasi kepada Koperasi Keluarga Dehamboi Gunsak Kota Belud Berhad dan Koperasi Karanahan Kota Belud Sabah Berhad, masing-masing berjumlah RM40,000 dan RM50,000. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Mohamad menyampaik­an sijil tamat latihan kepada salah seorang penerima, turut kelihatan Alicia (dua kiri).
TAHNIAH: Mohamad menyampaik­an sijil tamat latihan kepada salah seorang penerima, turut kelihatan Alicia (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia