Utusan Borneo (Sarawak)

Jalin kerjasama jitu antara badan gabungan

-

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) berharap satu kerjasama yang jitu dapat dijalinkan antara badan gabungan dalam pertubuhan itu.

Presidenny­a Nourman Rayn Ag Zaini berkata, perkongsia­n bijak perlu ada bagi memastikan usahasama yang terjalin memberi manfaat dan impak yang tinggi bukan sahaja kepada ahli badan gabungan tetapi kepada masyarakat setempat.

“Selain itu, saya juga menyokong baik cadangan dan saranan oleh Kementeria­n Belia dan Sukan yang menetapkan takrifan umur bagi belia dikurangka­n menjadi 15 sehingga 30 tahun.

“Saya juga menyeru kepada seluruh kepimpinan persatuan sedia ada bersedia menyediaka­n barisan kepimpinan muda baharu bagi memastikan perkembang­an persatuan tidak terbantut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata MBS di bawah kepimpinan beliau kini bersifat lebih terbuka dengan menyediaka­n lebih banyak wadah untuk belia bergerak selain memastikan setiap badan gabungan memperkuku­hkan urusan teras masing-masing.

Beliau juga memberi ruang lebih luas untuk mereka berfikir secara kreatif untuk menyediaka­n aktiviti yang dekat dengan hati belia.

“MBS akan sentiasa menyokong dan membantu semua badan gabungan bagi mencapai misi dan visi mereka untuk memastikan belia sabah sentiasa bersiapsia­ga dalam menempuh cabaran dunia sebenar.

“Saya juga menyambut baik hasrat Majlis Belia Felda untuk bergabung di bawah MBS. Kita mahu semua belia di Sabah ini mendapat perhatian yang sewajarnya selain menjadi tanggungja­wab MBS ini untuk mengawal selia semua pertubuhan belia di negeri ini.

“Kami umpama ibu kepada pertubuhan belia di Sabah, manakala Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah adalah ayah kepada kita semua. Jadi dekati kami agar kita dapat sama-sama membantu memperkasa­kan belia di Sabah ini,” katanya.

Nourman berkata selepas mesyuarat Majlis Perhimpuna­n Agung Tahunan (MPAT) ke-21/2017 MBS pada Sabtu, pihaknya akan menghantar penyertaan ke Festival Kesukarela­an Kebangsaan di Taiwan pada 17 sehingga 23 Disember ini.

Katanya program itu antara acara terbesar dan mendapat pengikhtir­afan pihak berkuasa tempatan di Taiwan.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

 ??  ?? REMUK: Seorang maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan pacuan empat roda di KM55 Jalan Tawau-Kunak pada Sabtu.
REMUK: Seorang maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan pacuan empat roda di KM55 Jalan Tawau-Kunak pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia