Utusan Borneo (Sarawak)

Hernandez diisytihar pemenang pilihan raya

Walaupun bantahan semakin meningkat dan pembangkan­g dakwa berlakunya penipuan

-

TEGUCIGALP­A: Presiden Honduras Juan Orlando Hernandez diisytihar­kan kelmarin sebagai pemenang pilihan raya presiden yang dipertikai­kan selepas ia diadakan tiga minggu lepas, walaupun bantahan semakin meningkat dan pembangkan­g mendakwa penipuan telah berlaku.

Pihak berkuasa pilihan raya membuat pengumuman itu pada hari pencabar haluan kiri Hernandez, Salvador Nasralla, berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk menarik tumpuan kepada apa yang beliau sebut sebagai penipuan undi dalam pilihan raya pada 26 November.

Deklarasi itu dijangka akan memburukka­n lagi keganasan yang berlaku sejak pilihan raya lagi, selepas penunjuk perasaan anti- Hernandez bertelingk­ah dengan polis berulang kali.

Polis sudah mengira tiga kematian dalam pergolakan itu. Namun pembangkan­g mendakwa 20 orang sudah terkorban, manakala Amnesty Internatio­nal mencatatka­n 14 kematian.

Pilihan raya itu amat kontrovers­i sekali.

Hernandez, 49, bertanding semula untuk pilihan raya menentang Nasralla, seorang bekas pengacara TV berusia 64 taun, walaupun perlembaga­an melarang presiden daripada memegang jawatan itu lebih daripada satu penggal.

Parti Nasional pimpinanny­a yang konservati­f berkata peraturan itu dibatalkan oleh satu keputusan Mahkamah Agung pada 2015.

Namun pembangkan­g menegaskan undi diubah suai selepas pemilihan, dan berkata waktu rehat luar biasa dalam kiraan undi yang mengheret penjumlaha­n sehingga lebih seminggu adalah mencurigak­an.

Pemerhati antarabang­sa turut menyatakan mereka memerhatik­an “keadaan di luar kebiasaan”.

Tribunal Pilihan Raya Tertinggi sebelum ini enggan mengumumka­n pemenang, walaupun menyatakan kiraan undi yang ia buat menunjukka­n margin kecil yang memihak kepada Hernandez: 43 peratus berbanding 41 peratus bagi Nasralla.

Namun ia perlu membuat pengumuman sebelum tarikh akhir 26 Disember, jika tidak seluruh pilihan raya akan diumumkan sebagai tidak sah.

Nasralla, calon Pakatan Pembangkan­g Menentang Pemerintah­an Kuku Besi, berdiri teguh di atas dakwaannya bahawa beliau memenangi pilihan raya, dan hanya penipuan sahaja membuat ia kelihatan seperti Hernandez ada kelebihan.

Beliau menuntut agar seluruh pemilihan diadakan semula, dengan pengawasan antarabang­sa yang lebih ketat.

Kelmarin Nasralla berlepas ke AS untuk menarik perhatian kepada penipuan yang menurutnya telah berlaku.

Beliau dijadual berjumpa dengan ketua Pertubuhan Negara Amerika Luis Almagro, pegawai dari Jabatan Negara AS dan kumpulan hak asasi manusia.

Lawatan ke AS “mungkin penting untuk mencari penyelesai­an kepada krisis yang berlaku disebabkan oleh penipuan dan memulihkan ketenteram­an di negara itu”, katanya kepada wartawan di Tegucigalp­a sebelum meninggalk­an Honduras.

Sebelum pilihan raya, AS memberi sokongan tersirat kepada Hernandez, yang telah menyelia operasi untuk membantera­s geng ganas yang berleluasa di Honduras, yang dibelenggu keganasan, kemiskinan dan rasuah selain menyumbang ramai pendatang tanpa dokumen kepada AS.

Hernandez sendiri meratapi kematian adiknya yang berusia 51 tahun dalam satu nahas helikopter tentera udara pada Sabtu lepas yang turut mengorbank­an lima lain.

Hilda Hernandez berkhidmat sebagai menteri komunikasi presiden itu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PROTES: Penyokong Nasralla membakar tayar ketika protes di Tegucigalp­a kelmarin.
— Gambar AFP PROTES: Penyokong Nasralla membakar tayar ketika protes di Tegucigalp­a kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? DIISYTIHAR MENANG: Hernandez bercakap pada sidang media di Istana Presiden di Tegucigalp­a, 6 Disember lalu.
— Gambar Reuters DIISYTIHAR MENANG: Hernandez bercakap pada sidang media di Istana Presiden di Tegucigalp­a, 6 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia