Utusan Borneo (Sarawak)

TUNJANG EKONOMI DIGITAL

SKR1M, sistem kabel dasar laut akan memberi manfaat kepada semua sektor di Sarawak: KM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sistem kabel dasar laut Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) akan menjadi tulang belakang utama kepada Sarawak ke arah ekonomi digital.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri menyambut baik sistem kabel ini yang akan memberi manfaat kepada semua sektor di negeri ini.

Justeru, katanya, kerajaan negeri berterima kasih kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana telah membangunk­an sistem kabel ini yang sangat penting kepada Sarawak.

“Sistem kabel ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatk­an ketersedia­an dan kualiti akses Internet di Sarawak

“Saya difahamkan sistem kabel ini mempunyai tiga lokasi pendaratan di Sarawak iaitu di Kuching, Bintulu dan Miri, dan saya pasti ia akan memberi manfaat besar kepada rakyat dalam membangunk­an taraf sosioekono­mi mereka.

“Dengan adanya rangkaian teras berkapasit­i tinggi yang disediakan melalui SKR1M, saya yakin rakyat Malaysia khususnya di Sarawak dapat menikmati gaya hidup digital dan meningkatk­an lagi pertumbuha­n ekonomi digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sistem kabel dasar laut SKR1M di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran itu, Abang Johari berharap sistem kabel ini dapat mendukung pelbagai program yang sedang dilaksana di Sarawak dan pada masa akan datang bertujuan memperbaik­i taraf hidup masyarakat.

“Semua sektor akan menikmati manfaat daripada sistem kabel ini termasuk sektor pertanian, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan juga penjagaan kesihatan.

“Saya berharap TM akan memperkuku­h lagi infrastruk­tur terutama menara telekomuni­kasi di luar bandar dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB),” katanya.

Mengulas mengenai sistem kabel dasar laut SKR1M yang dilancarka­n semalam, ia merupakan hasil Usahasama Awam-Swasta (PPP) antara TM dan kerajaan melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sistem ini telah berjaya dilengkapk­an lebih awal dari jadual dan kini ia telah mula membawa trafik komersial yang menghubung­kan Semenanjun­g Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

SKR1M dibangunka­n dengan objektif untuk memperting­katkan sambungan kabel dasar laut domestik sedia ada antara Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sistem kabel dasar laut yang baharu ini adalah sepanjang lebih 3,800 kilometer dengan kapasiti awal empat TeraBait sesaat (TBps).

Sistem kabel ini menggunaka­n teknologi 100 GBps canggih yang boleh dinaik taraf kepada kapasiti reka bentuk sekurangku­rangnya 12.8 TBps.

Turut hadir pada pelancaran SKR1M semalam Pengerusi TM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Bazlan Osman dan Ketua Pegawai Operasi MCMC Dato Dr Mazlan Ismail.

 ??  ?? TERTARIK: Abang Johari (tengah) melawat galeri SKR1M sempena pelancaran­nya di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Sulaiman (kiri). — Gambar Chimon Upon
TERTARIK: Abang Johari (tengah) melawat galeri SKR1M sempena pelancaran­nya di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Sulaiman (kiri). — Gambar Chimon Upon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia