Utusan Borneo (Sarawak)

DUA DITAHAN, KEGIATAN CURI MOTOSIKAL SEKITAR BINTULU TUMPAS

-

BINTULU: Kegiatan curi motosikal tumpas dengan tertangkap­nya dua lelaki warga asing berumur 23 dan 32 tahun dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di kawasan Kampung Jabai di sini sekitar jam 12.30 tengah malam, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superitend­en Zulkipli Suhaili, Ops Lejang itu yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) serta Unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) telah terserempa­k dengan kedua-dua suspek yang bermotosik­al di kawasan berkenaan sebelum bertindak menahan kedua- duanya bagi siasatan lanjut.

“Semasa pihak polis menahan kedua-dua suspek, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap anggota polis,” jelasnya.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut menemui sebilah besi berbentuk T dipercayai digunakan kedua-dua suspek untuk menjalanka­n kegiatan jenayah curi motosikal.

Seterusnya, pemeriksaa­n ke atas motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek mendapati ia dilaporkan hilang di kawasan Bintulu.

Jelasnya, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang mana jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak tujuh tahun serta denda atau kedua-duanya sekali.

Zulkipli berkata, kedua-dua suspek turut gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan yang sah sekali gus turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntu­kkan penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali serta boleh disebat sehingga enam kali jika disabit kesalahan.

Beliau dalam pada itu turut menasihati orang awam atau pemilik motosikal supaya memasang kunci pendua pada kenderaan bagi mengurangk­an risiko motosikal mereka dicuri.

“Saya turut memberi amaran kepada mana-mana individu supaya tidak terlibat dalam kegiatan atau sindiket curi kenderaan dan menyeru kepada orang awam supaya tampil untuk memberi maklumat kepada pihak polis jika terlihat sebarang kegiatan mencurigak­an di sekeliling mereka bagi membolehka­n siasatan dijalankan,” tambahnya lagi.

 ??  ?? DITEMUI SEMULA: Motosikal yang digunakan kedua-dua suspek disahkan telah dicuri.
DITEMUI SEMULA: Motosikal yang digunakan kedua-dua suspek disahkan telah dicuri.
 ??  ?? DICEKUP: Kedua-dua suspek.
DICEKUP: Kedua-dua suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia