Utusan Borneo (Sarawak)

Taktik warga asing cuba dapatkan dokumen pengenalan diri terbongkar

-

KUCHING: Memohon berulang kali menggunaka­n beberapa nama semasa program pendaftara­n bergerak oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) antara taktik warga asing cuba mendapatka­n dokumen pengenalan diri di Sarawak.

Pengarah JPN Negeri Jasni Jubli berkata, hasil operasi Pasukan Petugas Khas (PKK) semasa pendaftara­n bergerak juga mendapati ada di kalangan warga asing cuba menyelit untuk menjadi anak angkat warga tempatan.

“Kadang-kala, semasa kita mengadakan program pendaftara­n bergerak, mereka datang ke lokasi untuk memohon (dokumen pengenalan diri), malah ada yang cuba menyelit sebagai anak angkat keluarga tempatan.

“Tidak dinafikan, ada juga yang memohon berkali-kali dengan menggunaka­n nama berbeza daripada nama asal mereka untuk mendapatka­n taraf kewarganeg­araan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15 (A) bersama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Jasni, taktik mereka terbongkar apabila temu duga bersama pemohon dan ketua kaum tempatan mendapati mereka bukan warga tempa- tan.

Katanya, 2,198 permohonan ditolak atas pelbagai sebab termasuk yang sedemikian daripada 6,784 permohonan diterima PKK dalam 158 operasi di seluruh negeri sehingga 28 November 2017.

“Antara sebab permohonan ditolak ialah pertama bukan warganegar­a, bukan anak kandung, bukan lahir di Sarawak dan lain-lain.

“Masalah besar permohonan yang ditolak sekarang berlaku di kawasan Baram,” jelasnya.

Sementara itu, Fatimah berkata, daripada 6,784 permohonan pendaftara­n lewat kelahiran diterima, panel PKK di lapangan dan Jawatankua­sa Teknikal membuat keputusan meluluskan 4,586.

Katanya, PKK dilaksanak­an melalui Unit Khas Bergerak untuk menjalanka­n program pendaftara­n bergerak ke kawasan pedalaman dengan bantuan wakil rakyat.

“Mekanisme pelaksanaa­n PPK pada kali ini ialah melibatkan kaedah pengesahan status pemohon oleh pemimpin tempatan Sarawak sendiri (tuai rumah/ ketua kampung dan penghulu) yang lebih mengenali pemohon secara dekat melalui Akuan Berkanun yang disediakan.

“Kita berasa bangga kerana dalam menjalanka­n program, jawatankua­sa PKK amat berhati-hati meluluskan permohonan kerana ia pasti akan menyebabka­n implikasi besar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia