Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah jumlah nelayan untuk manfaat sepenuhnya Pelabuhan Tanjung Bako

-

KUCHING: Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Bako di sini akan dapat dimanfaatk­an secara menyeluruh sekiranya jumlah nelayan bertambah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, konstituen­si itu mempunyai pelabuhan perikanan terbesar di Sarawak, justeru memerlukan pengisian oleh golongan nelayan.

“Oleh itu, golongan nelayan di negeri ini perlu ditambah, sayang sekali kemudahan pelabuhan di Tanjung Bako tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh nelayan,” ujarnya.

Dr Hazland berkata demi- kian ketika berucap pada Majlis Pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai 2017 di Dewan Hijrah Bako di sini, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, nelayan kini berdepan cabaran terutama dalam permohonan lesen dengan cepat.

“Para nelayan perlu mengemukak­an permohonan lesen kepada Jabatan Perikanan sebelum diluluskan berdasarka­n syarat-syarat yang ditetapkan.

“Jadi, mereka (nelayan) kini masih menunggu proses permohonan lesen,” katanya.

Cabaran lain, katanya, penceroboh­an oleh nelayan asing yang mengaut hasil di perairan negara.

Pada majlis itu, Dr Hazland menyampaik­an Elaun Sara Hidup Nelayan berjumlah RM104,750 kepada 367 penerima dari Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK) Buntal membabitka­n lima kawasan termasuk Kampung Buntal, Kampung Santubong, Kampung Salak, Kampung Pasir Pandak dan Kampung Bako.

Selain itu, beliau menyampaik­an Bantuan Skim Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan berjumlah RM10,000 kepada lima penerima.

Menurut Dr Hazland, kerajaan mengagihka­n hampir RM50 juta kepada 12,000 nelayan di Sarawak setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia