Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Buku Mega Popular di Pusat Pameran CityOne, 22 Dis-1 Jan

-

KUCHING: Orang ramai khasnya peminat buku dipelawa ke Pesta Buku Mega Popular di Pusat Pameran CityOne, di sini bermula 22 Disember hingga 1 Januari depan.

Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik, termasuk buku-buku pelbagai jenis dan bahasa, muzik dan multimedia.

Selain daripada tawaran hebat, pelbagai aktiviti menarik juga bakal diadakan untuk kanak-kanak, seperti Karnival Kitar Semula ‘Little Eco Warriors’ pada program hujung minggu tersebut.

Buku komik ‘Little Eco Warriors’ adalah terbitan eksklusif Popular Malaysia, awal tahun ini, yang mengisahka­n pengembara­an sekumpulan rakan muda yang bergabung tenaga untuk menyelamat­kan Bumi.

Bermula 12 tengah hari sehingga 5 petang, ia bertujuan mempromosi­kan unsur kesedaran alam terhadap kanakkanak melalui pendekatan ‘kurangkan, guna semula dan kitar semula’ dan orang ramai boleh mendaftar di http://bit. ly/kcorc17.

Selain itu, Pertanding­an Mewarna Untuk Kanak-Kanak bertemakan ‘A Green Earth Begins with Me’ — dibahagi kepada kategori A iaitu untuk umur lima hingga lapan tahun dan B (sembilan hingga 12 tahun) — akan diadakan pada 24 Disember.

Para pemenang bakal membawa pulang hadiah tajaan Faber Castell, dengan pemenang pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hamper Faber Castell bernilai RM400, RM250 dan RM180.

Sebanyak 10 hadiah sagu hati berupa hamper bernilai RM80 setiap satu turut ditawarkan, selain sijil penyertaan dan trofi.

Sesiapa yang berminat boleh mendaftar di cawangan kedai Popular di Everrise BDC, Boulevard, CityOne, Bangunan Tun Jugah dan Matang Mall atau secara dalam talian di http://bit.ly/kcocc17.

Selain itu, Pertanding­an Kaligrafi Mereka Kulit Buku turut diadakan pada 25 Disember yang dianjurkan dengan kerjasama jenama alat tulis, Pentel.

Satu bengkel percuma juga akan diadakan jam 12 tengah hari hingga 2 petang bagi peserta, sebelum pertanding­an dimulakan jam 3 petang hingga 4.30 petang.

Pemenang tiga teratas bagi pertanding­an yang terhad kepada 30 peserta itu akan membawa pulang baucar tunai Popular bernilai RM300, RM200 dan RM100 dan orang ramai yang berminat boleh mendaftar di http://bit.ly/mbkco17.

Untuk maklumat lanjut, layari www. popular. com. my, laman web Facebook POPULAR atau menghubung­i Perkhidmat­an Pelanggan Popular di 1-300 88-6336 semasa waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia