Utusan Borneo (Sarawak)

Terdapat 30 syarikat pelaburan dipercayai terlibat dalam sindiket

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahka­n sebanyak 947,301 individu menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan melibatkan kerugian dianggarka­n lebih RM3.8 bilion bagi tempoh awal Januari sehingga November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kebanyakan mangsa disyaki terpedaya dengan pelaburan itu yang menjanjika­n pulangan tinggi.

Beliau berkata, berlaku peningkata­n kes pada tahun ini berbanding tahun lepas untuk tempoh sama yang merekodkan sebanyak 190,750 mangsa dengan jumlah kerugian dianggarka­n RM845,000.

“Pelbagai kes penipuan yang PDRM kesan iaitu pelaburan komoditi, perniagaan, pertanian, emas, mata wang asing, saham dan tender.

“Selain itu, saya juga ingin mendedahka­n terdapat 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Katanya antara syarikat yang terlibat dan sedang diambil tindakan ialah Forex -Fxunited, Forex - Trigerfx, Pelaburan PTM4U, MGSB, Capital Poster Advisor, Pelaburan Emas Royal Gold, Kongsi Makan, Richway, Mospace, Mface/Mbi, Saham - Century Dinasty, Book- coin, Bit Coin- Al Mubin Agarwood dan Bitcoin-Bit Kingdom.

Beliau berkata semua syarikat terbabit telah dikenal pasti dan JSJK sedang berusaha mengesan kesemua sindiket yang terlibat.

“JSJK ingin menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan yang tidak sahih dan pelaburan dalam bentuk saham, emas dan Bitcoin antara penipuan yang kerap dilaporkan,” katanya.

Amar Singh berkata, mangsa mendapat tahu tentang tawaran pelaburan yang dibuat melalui media sosial serta diperkenal­kan oleh saudaramar­a serta rakan.

“Selepas itu, mangsa yang berminat akan menyertai pertemuan atau ceramah oleh syarikat pelaburan terbabit sebelum mereka membuat pelaburan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai jangan mudah terpedaya dengan segala bentuk pelaburan yang menjanjika­n keuntungan berlipat ganda dalam jangka masa pendek dan perlu membuat semakan dangan Bank Negara Malaysia untuk mengetahui status syarikat pelaburan sama ada berada dalam senarai hitam atau sebaliknya.

Selain itu, elakkan diri daripada skim pelaburan yang tidak jelas, meragukan dan menjanjika­n pulangan yang tidak munasabah atau skim pelaburan yang tidak mematuhi syariah sepenuhnya. — Bernama

JSJK ingin menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan yang tidak sahih dan pelaburan dalam bentuk saham, emas dan Bitcoin antara penipuan yang kerap dilaporkan. Datuk Amar Singh Ishar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Azimah menunjukka­n sebahagian mercun dan minuman keras ketika mengadakan sidang media di Sepang, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Azimah menunjukka­n sebahagian mercun dan minuman keras ketika mengadakan sidang media di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia