Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ keluarkan 417,684 saman AWAS 385,474 saman melebihi had laju, 32,210 saman melanggar arahan lampu isyarat

-

RAWANG: Sebanyak 417,684 saman dikeluarka­n oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) menerusi Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik ( AWAS) yang dilaksanak­an di 21 lokasi di seluruh negara sejak Mei lepas sehingga kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, saman itu melibatkan dua kesalahan iaitu melebihi had laju yang mencatatka­n 385,474 saman dan melanggar arahan lampu isyarat sebanyak 32,210 saman.

“Sebanyak 11 lagi sistem AWAS yang dipasang di seluruh negara dijangka beroperasi sepanjang 24 jam pada Januari depan bagi memupuk kesedaran pemandu supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sidang media mengenai Ops Patuh di sini, semalam.

Beliau berkata, sistem AWAS yang dalam persediaan itu melibatkan dua kamera AWAS yang memantau had laju di Selangor, lima kamera AWAS di lampu isyarat di Perak manakala empat lagi di Kedah.

Mengenai Ops Patuh 2 yang dijalankan bermula 25 Nov lepas, beliau berkata JPJ telah mengeluark­an sebanyak 15,306 notis kesalahan daripada 30,236 kenderaan yang diperiksa.

Wan Ahmad Uzir berkata penunggang motosikal merupakan penyumbang saman yang paling tinggi iaitu 43 peratus dengan 8,944 saman berbanding 5,078 saman terhadap pemandu kereta, 6,310 saman terhadap pemandu lori dan 271 saman terhadap pemandu bas.

“Ops Patuh 2 ini akan diteruskan sehingga 31 Dis sebelum kami melancarka­n Ops Sisih bagi memastikan semua pemandu bas ekspres bebas daripada kesalahan lalu lintas menjelang Tahun Baharu Cina pada awal tahun depan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Anggota JPJ memeriksa lesen pemandu bas sempena Operasi ‘Ops Patuh 2’ di Hentian Sebelah Rawang di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Anggota JPJ memeriksa lesen pemandu bas sempena Operasi ‘Ops Patuh 2’ di Hentian Sebelah Rawang di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia