Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki cuba halang tugas polis ditahan

Suspek halang, tolak dan cuba menumbuk anggota polis serah NOM kepada rakannya

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Seorang lelaki berlagak samseng ditahan kerana cuba menghalang anggota polis menjalanka­n tugas dalam kejadian di Kampung Pengalih di sini kelmarin.

Ketika kejadian, anggota polis berusia 30 tahun, menyerahka­n sebutan notis (NOM) kepada seorang lelaki bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 di Kampung Pengalih di sini jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata ketika menyerahka­n notis itu suspek yang berusia 24 tahun, juga rakan lelaki terbabit datang menghalang dan menolak mangsa dan cuba menumbukny­a.

“Kejadian berjaya dileraikan beberapa orang yang berada di tempat kejadian.

“Mangsa kemudianny­a membuat laporan polis agar kertas siasatan dibuka kerana menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas,” katanya di sini semalam.

Suspek ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat kes kecurian motosikal dilaporkan hilang di sebuah perumahan di Jalan Punang di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, mang- sa seorang wanita berusia 37 tahun, menyedari motosikaln­ya diletakkan di kawasan perumahan hilang jam 2 petang.

Mangsa yang mengalami kerugian RM4,000 kemudianny­a membuat laporan polis.

Abang Zainal berkata, susulan laporan polis dan hasil maklumat suspek berjaya ditahan bersama motosikal yang disyaki curi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Kejadian berjaya dileraikan beberapa orang yang berada di kejadian.” tempat DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad Ketua Polis Daerah Lawas

 ??  ?? JUMPA: Motosikal dilaporkan hilang dijumpai polis semalam.
JUMPA: Motosikal dilaporkan hilang dijumpai polis semalam.
 ??  ?? BERKAS: Suspek cuba menghalang polis menjalanka­n tugas diberkas semalam.
BERKAS: Suspek cuba menghalang polis menjalanka­n tugas diberkas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia