Utusan Borneo (Sarawak)

33 orang berdepan detik cemas terperangk­ap di dua lokasi berasingan

-

KUCHING: Seramai 33 orang berdepan detik cemas apabila terperangk­ap di dua lokasi berasingan di Taman Negara Kubah, Matang di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBPP) Petra Jaya Muhammad Mirza Dzalmira Miraj berkata insiden pertama membabitka­n 14 individu termasuk seorang kanak-kanak yang terkandas di Gunung Serapi jam 1 petang.

“Kami menerima panggilan jam 1.24 petang, mengatakan sekumpulan pendaki terkandas kerana pokok tumbang dan menghalang laluan ketika menuruni gunung,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kumpulan berkenaan membabitka­n 17 anggota BBP Petra Jaya.

Menurutnya pasukan penyelamat berjaya menemui kumpulan itu selepas berjalan sejauh 1.5 kilometer untuk menjalanka­n kerja-kerja pemotongan pokok menggunaka­n gergaji berantai.

Dalam perkembang­an sama, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan sekumpulan individu yang terperangk­ap di seberang Sungai Rayu berhampira­n lokasi pertama.

“Seramai 19 orang yang terkandas di seberang Sungai Rayu apabila paras air sungai meningkat dan arus deras.

“Pasukan SAR berjaya membawa kumpulan itu keluar menggunaka­n laluan alternatif dengan selamat,” ujarnya.

Mirza berkata, kesemua mangsa yang terperangk­ap dilaporkan selamat dan mangsa yang cedera telah menerima rawatan daripada pihak hospital yang berada di lokasi kejadian.

 ??  ?? SELAMAT: Anggota bomba membawa keluar seorang kanakkanak yang terperangk­ap di Taman Negera Kubah, Matang.
SELAMAT: Anggota bomba membawa keluar seorang kanakkanak yang terperangk­ap di Taman Negera Kubah, Matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia