Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak ada cara tersendiri laksana pembanguna­n

Pembanguna­n negeri diyakini terus terlaksana meliputi aspek fizikal, ekonomi, sosial ikut perancanga­n dirangka

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pembanguna­n Sarawak diyakini terus terlaksana yang meliputi semua aspek fizikal, ekonomi dan sosial mengikut perancanga­n yang telah dirangka.

Mendedahka­n perkara itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri mempunyai cara tersendiri dalam merealisas­ikan tujuan itu.

“Kita (kerajaan negeri) ada acuan dalam meneruskan pembanguna­n Sarawak mengikut cara kita sendiri.

“Pembanguna­n negeri ibarat membuat kek, jika acuan dan adunannya betul, maka kek itu akan sedap dan orang akan makan, tetapi jika sebaliknya, orang tidak akan makan,” ujarnya.

Abang Johari berkata demikian ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Krismas Bishop Sarawak dan Brunei Darussalam Danald Jute di kediamanny­a di Gereja Anglican St

Kita (kerajaan negeri) ada acuan dalam meneruskan pembanguna­n Sarawak mengikut cara kita sendiri. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

Thomas di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau yakin dengan acuan yang telah dirancang, Sarawak akan terus maju pada masa akan datang.

Dalam perkembang­an sama, Abang Johari turut menyeru masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus mempertaha­nkan semangat perpaduan yang telah terjalin sekian lama.

Katanya dengan pelbagai sambutan perayaan akan dapat meningkatk­an persekitar­an dan persefaham­an yang kuat antara komuniti di negeri ini.

“Sarawak terkenal dengan budayanya yang harmoni dan perpaduan utuh dalam kalangan masyarakat.

“Kita juga berterima kasih kepada kerajaan pusat yang memahami polisi kita (Sarawak) yang mempunyai latar belakang masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya.

Menurutnya, amalan ekosistem itu melahirkan budaya saling menghormat­i dan keamanan dalam kalangan rakyat.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Menteri Muda Undang-Undang dan Hubungan Kerajaan NegeriPusa­t Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Julita Jack Danald.

 ??  ?? MUHIBAH: Abang Johari yang ditemani isterinya, Juma’ani serta Abdullah dan Sharifah Hasidah ketika menghadiri rumah terbuka sempena Hari Krismas di kediaman rasmi Bishop Danald Jute di Kuching.
MUHIBAH: Abang Johari yang ditemani isterinya, Juma’ani serta Abdullah dan Sharifah Hasidah ketika menghadiri rumah terbuka sempena Hari Krismas di kediaman rasmi Bishop Danald Jute di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia