Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Bekenu dijangka siap awal tahun depan

-

MIRI: Jambatan Bekenu yang bernilai RM26 juta dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kemudahan pengangkut­an penduduk Bekenu.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata, jambatan itu ketika ini hampir 90 peratus siap dan telah digunakan penduduk berulangal­ik ke pekan Bekenu.

“Hanya tinggal kerja menghalusi jalan tar serta landskap bagi mengindahk­an jambatan yang akan memberi manfaat kepada penduduk Bekenu terutama Kampung Rambai,” katanya di sini, semalam.

Pembinaan jambatan merentangi Sungai Sibuti itu bakal melonjakka­n lagi aktiviti ekonomi Sibuti, sekali gus menganjak pembanguna­n penempatan di pinggir bandar raya Miri itu.

Beliau berkata jambatan itu amat dinantikan warga Sibuti kerana menjadi nadi penghubung utama penduduk di seberang sungai pekan Bekenu dan bandar raya Miri.

Kos pembinaan RM26 juta itu merangkumi pembinaan jambatan sepanjang 70 meter dengan lebar 11.43 meter.

Pelancaran projek pembinaan jambatan itu dirasmikan pada 2015 oleh Ketua Menteri ketika itu Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ahmad Lai berkata, jam- batan itu apabila siap nanti akan melonjakka­n lagi ekonomi di Sibuti dengan memudahkan petani atau nelayan memasarkan produk mereka.

“Ketika ini penduduk telah mula menggunaka­n jambatan ini untuk ke pekan Bekenu dan ia secara langsung memudahkan pergerakan penduduk,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahmad Lai turut menasihati penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah dalam kawasan Parlimen Sibuti agar berwaspada dengan bencana banjir.

Menurutnya, beberapa kawasan rendah di Sungai Saeh telah dilanda banjir akibat hujan lebat dan air pasang besar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak pejabat daerah juga telah diarahkan bersiap sedia menghadapi situasi banjir jika terdapat keperluan pemindahan.

 ??  ?? AHMAD LAI
AHMAD LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia