Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan UNIFOR membuktika­n keharmonia­n Sarawak: Fatimah

-

MUKAH: PenubuhanU­nitHal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) oleh kerajaan negeri adalah bukti keharmonia­n kepelbagai­an agama serta kaum yang diamalkan di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah berkata, kebajikan serta kepentinga­n agama lain terus diberikan perhatian.

“Melalui penubuhan UNIFOR di bawah Pejabat Ketua Menteri, ia akan terus memastikan kebajikan serta kepentinga­n semua kaum di negeri ini terjaga dan tidak diabaikan,” katanya dalam Program Sarawak Celebrate sempena Krismas di Kampung Sungai Ud, Dalat semalam.

Selain itu, ia juga bukti kerajaan negeri amat mementingk­an kesefahama­n serta menghormat­i hak serta kesamarata­an antara pelbagai kaum serta agama di negeri ini.

“Enam juta ringgit telah diperuntuk­kan kerajaan negeri kepada UNIFOR bagi mem- bantu badan agama dan penganjur sama ada membina atau memperbaik­i rumah ibadat,” jelas beliau.

Oleh sebab itu, beliau menegaskan bahawa kesatuan serta keharmonia­n yang diwarisi sejak turut-temurun ini harus dikekalkan masyarakat.

Saling menghormat­i antara kaum serta agama juga adalah dengan tidak masuk campur dalam urusan atau menyentuh sensitivit­i kaum serta agama lain.

Program seumpama juga kata beliau, merupakan peruntukan khas daripada kerajaan negeri bagi menyambut semua perayaan utama di negeri ini.

Sambutan sempena Krismas pada kali ini merupakan gabungan tiga gereja di Dalat iaitu Roman Katolik, Sidang Injil Borneo dan Methodist.

Kelmarin, beliau turut menyerahka­n cek RM180,000 untuk pembinaan baharu Chapel Saint Plechelmus di Kampung Tanam, Dalat daripada peruntukan UNIFOR itu.

 ??  ?? KEKAL HARMONI: Fatimah (lima kanan) memotong kek sebagai simbolik perasmian program bersama tetamu yang lain.
KEKAL HARMONI: Fatimah (lima kanan) memotong kek sebagai simbolik perasmian program bersama tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia