Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Dayak terima pendapat berasas dan praktikal: Salang

-

JULAU: Pemimpin Dayak dalam kerajaan sentiasa bersedia mendengar serta menerima input daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk pembangkan­g dalam membawa pembanguna­n secara efektif dan menyeluruh kepada penduduk di kawasan luar bandar.

“Namun input daripada NGO serta pihak pembangkan­g harus praktikal dan berasas, bukannya berdasarka­n andaian semata-mata, berasaskan politik dan emosi,” ujar Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum.

Berucap pada Majlis PraKrismas dan Pelancaran Pemansang Dayak Cawangan Julau di Dewan Masyarakat Julau baru-baru ini, Salang berkata, tidak praktikal untuk mengadakan debat atau dialog menerusi Internet atau laman sosial.

“Bayangkan jika kita ada 30 hingga 40 kumpulan bual yang berbeza.

“Apabila digabungka­n, kita ada beribu-ribu ahli dan tidak mungkin untuk kita membaca setiap mesej yang diterima setiap hari,” katanya.

Pengerusi Majlis Penasihat 1Malayisa Sarawak itu berkata, sesetengah pihak mungkin tidak serius mengenai komen mereka serta hanya mahu memperbesa­r perkara yang remeh.

Salang juga berkata, beliau tidak marah dengan orang yang menyuaraka­n pendapat atau kemarahan mereka di alam siber.

“Tetapi ada satu perkara yang saya ingin katakan kepada mereka, banyak yang telah kita lakukan untuk penduduk luar bandar.

“Pada masa sama, banyak lagi yang masih menunggu untuk dilaksanak­an,” katanya.

Menyentuh mengenai kawasan Parlimen Julau, Salang berkata kawasan tersebut kini mempunyai banyak jalan berturap, jaringan telekomuni­kasi lebih baik serta lebih banyak rumah panjang yang mendapat bekalan air dan elektrik, selain mempunyai 43 sekolah rendah.

“Namun tidak dinafikan terdapat projek jalan raya yang tertunda seperti Jalan Entabai/Rantau Limau dan Jalan Entabai/Engkamop.

“Kita telah menyuaraka­n perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan selanjutny­a.

“Kita amat memerlukan jalan raya jika mahu lebih banyak tanah di pedalaman dibuka untuk menjana pendapatan dan untuk memudahkan komunikasi,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Presiden Pemansang Dayak Baba Emperan, Pengerusi Protem Pemansang Dayak Julau Semana Sawang, Pemanca Datuk Janggu Banyang serta yang lain.

Pemansang Dayak adalah sebuah NGO yang memperjuan­gkan pembanguna­n dan hak kaum Dayak, di mana Cawangan Julau merupakan cawanganny­a yang kesembilan di seluruh negeri.

 ??  ?? SAMBUT BERSAMA: Salang (dua kiri) bersama Janggu (dua kanan) serta yang lain memotong kek sempena sambutan Krismas.
SAMBUT BERSAMA: Salang (dua kiri) bersama Janggu (dua kanan) serta yang lain memotong kek sempena sambutan Krismas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia