Utusan Borneo (Sarawak)

Tinjauan dapati harga barang persekolah­an anak-anak tahun ini naik dalam anggaran RM10 dan agak membebanka­n

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING:Hari persekolah­an semakin menghampir­i dan ada kalangan ibu bapa yang mulai membeli barang keperluan persekolah­an anak-anak mereka berasakan harga barang semakin mahal.

Tinjauan Utusan Borneo ke gedung-gedung menjual barang keperluan persekolah­an di kawasan bandar mendapati tidak banyak kelibat ibu bapa, mungkin disebabkan masih lagi bercuti sempena perayaan.

Carlos Cyril, 33, seorang penjawat awam memberitah­u dia mempunyai dua anak yang masih bersekolah berumur 11 tahun dan lapan tahun di sini.

Beliau sendiri tidak menyangkal bahawa harga barang persekolah­an anak-anak tahun ini naik dalam anggaran RM10 dan agak membebanka­n baginya yang menyara seluruh keluargany­a sendirian.

“Bagaimanap­un, yuran sekolah memang sudah berada pada harga standard seperti tahun lepas.

“Cuma yuran anak masuk tahun satu sahaja yang biasa agak mahal kerana merupakan permulaan dan kita terpaksa membayar tag nama, baju pendidikan jasmani dan sukan, yuran PIBG dan buku latihan tetapi setelah memasuki tahun dua dan sehingga tahun enam biasa sahaja.

“Ada barang keperluan sekolah yang murah dijual pada harga RM9.90 tetapi dengan

Bagaimanap­un, yuran sekolah memang sudah berada pada harga standard seperti tahun lepas. Carlos Cyril Penjawat awam

kualiti yang tidak bagus, ia tidak dapat dipakai lama.

“Harga sehelai seluar sahaja sudah mencecah RM30 kalau beli dua sudah RM60.

“Memang agak membe- bankan kalau harga sentiasa meningkat naik saban tahun,” katanya semalam.

Bantuan daripada sekolah atau kerajaan dan sebagainya harus dihulurkan lebih awal sama ada sebelum cuti sekolah bermula atau seminggu sebelum bermulanya sekolah bukan selepas ibu bapa membeli baju anak-anak, tambahnya.

Carlos membelanja­kan sekurang-kurangnya sekitar RM200 bagi seorang anaknya, ini termasuk pembayaran baju seragam, kasut, stoking dan beg sekolah.

Baru-baru ini beliau dimaklumka­n pihak sekolah bahawa anak keduanya berkemungk­inan layak untuk mendapatka­n bantuan ‘Back to School’.

Sementara itu, Isabel Cheranie, 42, yang mempunyai dua anak yang bersekolah di tingkatan satu dan tahun lima di Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) juga bersependa­pat.

Bagi Isabel, perbelanja­an anaknya yang kedua amat membebanka­n membuatkan dia sering membayar yuran anaknya itu dua kali dalam setahun.

Katanya, tidak kurang daripada RM400 dibelanjak­an bagi seorang anak beliau masing-masing untuk membayar yuran dan membeli kasut sekolah, baju seragam atau barang perkakasan sekolah dan sebagainya.

“Bayangkan mereka ada tambahan bayaran yuran untuk kelas komputer yang dijalankan hanya seminggu sekali tetapi perlu dibayar RM100 daripada bayaran yuran persekolah­an sedia ada,” ujar beliau.

“Biasa saya memang beli sepasang seragam untuk kedua-dua anak termasuk beg sekolah dan kasut kerana takut pada musim hujan, barangbara­ng ini tidak sempat kering daripada gedung jualan yang selalu mengadakan diskaun.

“Buku latihan, lencana sekolah, yuran sukan semuanya kena bayar. Nasib baik buku teks diberikan bantuan.

“Yuran sekolah anak-anak kadangkala saya bayar dua kali dalam setahun. Mana mampu mahu bayar semua sekali gus.

“Belanja ini tidak termasuk lagi dengan perbelanja­an Krismas, Tahun Baharu Cina nanti,” jelasnya.

Nurhidayat­ul Akbar Yakup, 31, pula mempunyai seorang sahaja anak berusia tiga tahun yang disekolahk­an di salah sebuah prasekolah di sini tetapi memakan belanja yang amat besar.

“Ini baharu seorang anak, jangankan pula kalau banyak anak memang ia membebanka­n,” keluh ibu ini.

Sebagai permulaan sekolah untuk anaknya, dia perlu membayar RM600, selepas itu setiap bulan Februari sehingga Disember dia akan membayar RM290 kerana anaknya akan bersekolah dari Isnin hingga Sabtu.

Alasannya bukan sengaja memilih untuk tidak mahu menghantar anak ke sekolah biasa tetapi takut terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada anak mereka.

Lagi-lagi jika anak mereka menghadiri waktu pembelajar­an di insitusi yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) di sini.

 ??  ?? PERSIAPAN: Kelihatan ibu bapa membeli barang keperluan persekolah­an anak-anak mereka di gedung beli-belahsekit­ar kawasan bandar.
PERSIAPAN: Kelihatan ibu bapa membeli barang keperluan persekolah­an anak-anak mereka di gedung beli-belahsekit­ar kawasan bandar.
 ??  ?? HAYATI: Para peserta dan para pemenang bergambar bersama sebagai tanda kenangan selepas tamat majlis itu baru-baru ini.
HAYATI: Para peserta dan para pemenang bergambar bersama sebagai tanda kenangan selepas tamat majlis itu baru-baru ini.
 ??  ?? CARLOS
CARLOS
 ??  ?? ISABEL
ISABEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia