Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS saran wujudkan permuafaka­tan antara guru, ibu tangani disiplin pelajar

-

KUCHING: Guru juga insan biasa, kadang-kadang tidak mampu menahan sabar apabila murid melampaui batas.

Itu kata Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie susulan kes Cikgu Azizan yang menjadi perhatian ramai baru-baru ini.

“Walaupun ada panduan ( dalam mengenakan hukuman) tindakan disiplin, namun sebagai insan biasa seseorang guru tidak dapat melepaskan dirinya daripada hilang sabar,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sekiranya wujud salah faham antara guru dan ibu bapa, dalam menangani sesuatu isu atau kes, KGBS menyaranka­n agar diwujudkan proses permuafaka­tan antara kedua-dua pihak dengan Kesatuan Guru, PIBG serta sekolah menjadi orang tengah.

“Sekiranya kaedah ini diamalkan, KGBS yakin dan percaya ibu bapa tidak akan membawa apa jua isu berkaitan guru ke mahkamah pada masa depan.

“Sesungguhn­ya permuafaka­tan adalah jalan terbaik berbanding kita berkeras untuk membuktika­n siapa kuat di antara guru dan ibu bapa,” katanya.

Beliau turut berkata kes tersebut wajar dijadikan iktibar kepada semua guru dan ibu bapa.

“KGBS mengharapk­an agar isu Cikgu Azizan dijadikan iktibar oleh semua warga guru dan ibu bapa.

“KGBS juga berharap kes ini sebagai iktibar kepada guru. Kita berharap guru sentiasa mematuhi prosedur operasi standard dalam tindakan disiplin yang disediakan bagi mengelakka­n diri daripada tindakan mana-mana pihak,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa yang membawa kes tersebut ke mahkamah mungkin berpeluang cerah untuk menang.

“Tetapi ibu bapa perlu lihat impak kemenangan jika ibu bapa mendakwa seseorang guru itu di mahkamah.

“Cuba ibu bapa fikirkan, adakah ibu bapa menjadi jutawan sekiranya mereka memenangi kes tersebut,” soalnya.

Apa yang menyedihka­n, kemenangan itu akan menjejaska­n masa depan seseorang guru kerana beliau akan dibuang kerja.

Justeru, hukuman yang diterima seseorang guru adalah lebih berat daripada kesan tamparan guru tadi yang hanya merendahka­n martabat dalam masa singkat.

Baru-baru ini, Mahkamah Majistret Seremban membebaska­n tanpa melepaskan Cikgu Azizan atau nama sebenar, Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederak­an muridnya, April lalu.

Azizan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di hadapan tapak perhimpuna­n sekolah terbabit pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Azizan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia