Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid An Najah mengadakan majlis penghayata­n Maulidur Rasul

-

KUCHING: Masjid An Najah baru- baru ini telah mengadakan Majlis Penghayata­n Sambutan Maulidur Rasul 1439H/2017 Peringkat Daerah Asajaya melibatkan 150 peserta.

Majlis tersebut dirasmikan Pegawai Tadbir Daerah Asajaya Sainuyah Mohamad dengan kehadiran warga ketua masyarakat setempat.

Menurut penganjur, majlis bukan sahaja untuk mengi- marahkan Masjid An Najah tetapi turut diadakan bertujuan menghayati kelahiran Rasulullah SAW, pengorbana­nnya, kasih sayang serta mengamalka­n ajaran Islam sebaiknya.

Melaluinya, para peserta berupaya mengeratka­n jalinan silaturahi­m dan mengukuhka­n lagi semangat kerjasama dan perpaduan sesama masyarakat yang menganuti Islam di sini.

Pihaknya juga percaya ia seperti mendoakan kesejahter­aan serta keselamata­n umat Islam di seluruh dunia.

Pelbagai aktiviti lain turut dijalankan seperti Pertanding­an Hafazan Surah-Surah Lazim yang terbahagi kepada kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.

Tidak dilupakan pertanding­an mewarna untuk kanakkanak berumur lima dan enam tahun, pertanding­an gubahan bunga daripada bahan terbuang, berselawat dan tazkirah ‘Cinta Rasulullah Kepada Allah dan Umatnya’.

Jawatankua­sa Pengurusan Masjid An Najah menganjurk­an majlis berkenaan dengan kerjasama Persatuan Komuniti Wanita 1Malaysia, Kampung Asajaya Ulu, KRT Kampung Asajaya Ulu, Persatuan Guru-Guru KAFA Zon 1 Asajaya dan PPIM Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia