Utusan Borneo (Sarawak)

Empat jalan utama di Miri ditutup, 29-30 Dis

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menutup empat jalan utama pada 29 dan 30 Disember ini bagi memberi laluan kepada penganjura­n program Ambang Tahun Baharu 2018 di Miri Central Park, Marina Parkcity.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n MBM Kaunselor Ernest Goh berkata, penutupan jalan tersebut melibatkan Jalan Bandaraya, Jalan Marina 5, Jalan Marina 3 dan Jalan Marina Utama.

“Kita menyasarka­n kirakira 30,000 orang awam akan meriahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2018.

“Sehubungan itu, kita berharap orang awam datang beramai-ramai dan mengatur perjalanan agar tidak terperangk­ap dalam kesesakan.

“Kita juga sudah mengatur beberapa program menarik sepanjang malam pada tarikh tersebut, antaranya persembaha­n kebudayaan, pesembahan bakat tempatan melibatkan kugiran sekolah dan banyak lagi,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MBM semalam.

Ambang Tahun Baharu 2018 itu akan dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kes- enian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Beliau menambah, serentak dengan itu, kempen Tahun Melawat Miri (TMM) 2018 bertemakan ‘Discover Miri, Uniquely Borneo’ akan dilancarka­n pada 31 Disember di Marina Bay Miri.

Pada majlis itu, Goh turut menerangka­n konsep logo ‘ Discover Miri, Uniquely Borneo’ dan melancarka­n pertanding­an meneka maskot untuk logo tersebut serta New Miri App Volume 1.1.

 ??  ?? BERI KERJASAMA: Ernest Goh (duduk, tengah) mempengeru­sikan mesyuarat pelancaran TMM 2018 dan Ambang Tahun Baharu 2018.
BERI KERJASAMA: Ernest Goh (duduk, tengah) mempengeru­sikan mesyuarat pelancaran TMM 2018 dan Ambang Tahun Baharu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia