Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli baharu, sesiapa baharu memegang jawatan dalam ranting dinasihati terus pastikan keutuhan, kekuatan parti

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Setiap ahli baharu harus setia kepada pucuk pimpinan dan mempelajar­i budaya dalam parti atau jawatan yang baharu dipegang dalam sesebuah parti.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menasihati ahli baharu atau sesiapa yang baharu memegang jawatan dalam ranting terus memastikan keutuhan dan kekuatan parti.

“Hayatilah budaya parti ini, pastikan Parti Pesaka Bumiputera Bersat sebagai tunjang kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak,” katanya pada Majlis Penutupan Mesyuarat Perwakilan PBB Dalat di Stadium Perpaduan Dalat baru-baru ini.

Menurutnya, nasihat itu ditujukan khas buat ahli baharu dan ahli yang baharu memegang jawatan dalam ranting masing-masing.

Selain bertujuan menggalas tugas yang telah diamanahka­n, motto PBB juga harus diingati serta diikuti selalu.

Perpecahan dan permusuhan dalam parti turut diingatkan sebagai salah satu penyakit yang harus dielakkan dan apa yang penting adalah berkhidmat demi kesejahter­aan rakyat.

Beliau yang juga ketua Cawangan PBB Dalat turut menyatakan bahawa jawatan bukanlah sesuatu yang perlu dicari dalam parti, namun apa yang penting adalah pengorbana­n seseorang yang dituntut parti.

Fatimah juga mengharapk­an bekas ahli jawatankua­sa yang memberi laluan kepada orang baharu dengan tidak bertand- ing, terus menyumbang kepada parti walaupun tidak memegang apa-apa jawatan.

Antara usul yang diutarakan adalah PBB Dalat mencadangk­an agar jawatan presiden dan timbalan presiden PBB tidak dipertandi­ngkan serta menyokong penuh usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mentransfo­rmasikan ekonomi Sarawak menerusi ekonomi digital.

Usul turut menyokong usaha Ketua Menteri untuk mendapatka­n hak rakyat Sarawak melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan mencadangk­an penubuhan Lembaga Rumbia supaya perhatian sewajarnya dapat diberi kepada penanam atau yang bergiat dalam industri rumbia sama ada penghasila­n produk hiliran atau huluan berasaskan rumbia.

 ??  ?? SUMBANGAN KEWANGAN: Abdullah (duduk) bersama wakil-wakil ranting PBB Cawangan Semop pada perjumpaan di Masjid Semop, semalam.
SUMBANGAN KEWANGAN: Abdullah (duduk) bersama wakil-wakil ranting PBB Cawangan Semop pada perjumpaan di Masjid Semop, semalam.
 ??  ?? TERUS BERSATU: Fatimah (baris depan, 10 kiri) bersama yang lain ketika Majlis Penutupan Mesyuarat Perwakilan PBB Dalat.
TERUS BERSATU: Fatimah (baris depan, 10 kiri) bersama yang lain ketika Majlis Penutupan Mesyuarat Perwakilan PBB Dalat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia