Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan Hadi bertentang­an latar belakang Malaysia, Perlembaga­an Persekutua­n

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) terkejut dengan kenyataan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan menteri atau ahli kabinet bukan Islam tidak layak membuat dasar negara, sebaliknya kuasa mereka terhad dalam pengurusan.

Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting berkata, kenyataan ini bertentang­an dengan latar belakang Malaysia sebagai negara majmuk yang berbilang kaum dan Perlembaga­n Persekutua­n.

“Kenyataan ini menggugat dan pendirian itu tidak menggambar­kan pendapat secara umum majoriti rakyat negara ini,” kata Sebastian mengulas kenyataan Hadi.

Pada 22 Disember lalu, Hadi dalam ruangan Kolumnis HarakahDai­ly menyatakan, dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep.

Memetik ulama fekah politik Islam, antaranya Al-Mawardi, Hadi berkata, menteri atau ahli kabinet bukan Islam masih dapat melaksanak­an jawatan pengurusan, namun bukan membuat dasar negara.

Sebastian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau berkata, sistem pentadbira­n Malaysia begitu jelas bermodelka­n sistem parlimen Westminste­r, peninggala­n penjajahan British.

Katanya Perlembaga­an Persekutua­n sebelum ini menyediaka­n sistem adil dan saksama yang membolehka­n semua Ahli Parlimen kabinet membuat polisi dan beliau percaya sistem ini berfungsi dengan baik.

“Pandangan Hadi ini pelik dan tidak menzahirka­n era abad ke-21 dan realiti negara sekular serta Malaysia sebagai negara harmoni berbilang kaum.

“Beliau menggambar­kan seseorang yang bergerak mundur ke belakang, bukan ke hadapan,” tambahnya.

“Kita selalu mengasingk­an isu agama daripada politik dan ini adalah keunikan dan keindahan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

“Kita tidak benarkan campur aduk agama dan politik, sebaliknya teruskan sikap saling menghormat­i,” kata Sebastian.

 ??  ?? SEBASTIAN TING
SEBASTIAN TING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia