Utusan Borneo (Sarawak)

Abdullah menyumbang RM27,000 kepada ranting PBB

-

SEMOP: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol semalam mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Masjid Semop di sini.

Perjumpaan yang dihadiri ketua dan wakil-wakil ranting itu adalah untuk memberi sumbangan kepada ranting-ranting dan ekco Bapa bagi membiayai penganjura­n majlis kesyukuran sempena kelancaran mesyuarat pemilihan ranting dan cawangan baru-baru ini.

Mesyuarat itu dihadiri 25 ranting PBB dalam Cawangan Semop manakala pada sebelah petangnya, beliau menyampaik­an sumbangan kepada ranting-ranting di Bintangor.

Beliau yang juga ketua PBB Cawangan Semop menyampaik­an sumbangan RM27,000 kepada 28 ranting di Semop dan tujuh ranting di Bintangor.

Pada majlis itu, Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) memohon sokongan semua agar menjaga nama baik parti dan sentiasa bekerjasam­a dengan ketuaketua masyarakat di kampung masing-masing.

“Kerjasama penting dalam memastikan kepentinga­n serta pembanguna­n kampung atau rumah panjang terurus dan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau turut memberi taklimat ringkas status kemajuan projek-projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dan perancanga­n untuk tahun depan.

Juga dikongsika­n dengan wakil-wakil ranting, tentang pelbagai permohonan yang dikemukaka­n kepada kerajaan untuk pertimbang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia