Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta milik lelaki warga Brunei terbakar

-

LIMBANG: Seorang lelaki warga Brunei menerima perkhabara­n duka sebaik dimaklumka­n oleh abangnya bahawa kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan di Kampung Lubuk Piasau di sini ditemui terbakar Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 32 tahun, bekerja sendiri dimaklumka­n oleh abangnya melalui telefon bahawa keretanya hangus terbakar.

Ketua Polis Daerah Limbang Suprintend­en Mohd Bukhori Saffai berkata hasil pemeriksaa­n mendapati dokumen penting milik mangsa dalam kereta itu turut terbakar.

“Selain itu, penutup tangki kereta terbuka dan mangsa mengesyaki berlaku khianat namun tidak mengesyaki sesiapa melakukann­ya,” katanya di sini kelmarin.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami kerugian RM15,000.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan (khianat dengan api),” katanya.

Dalam perkembang­an lain, polis menemui beberapa komponen motosikal curi dengan penangkapa­n seorang lelaki Cina disyaki terlibat dalam aktiviti curi motosikal dilaporkan hilang di parkir Limbang Plaza kelmarin.

Suspek yang berusia 44 tahun ditahan jam 2.40 petang bersama sebuah motosikal yang dileraikan komponenny­a.

“Bertindak atas maklumat dan gambar dirakam saksi, polis merampas kembali komponen motosikal dilaporkan hilang dengan penangkapa­n suspek terbabit,” katanya.

Akibat kejadian itu mangsa yang berusia 39 tahun bekerja sebagai jurujual mengalami kerugian RM3,000.

Beliau memberitah­u, suspek juga positif methampeta­mine hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadapny­a.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam kes lain, seorang nelayan berusia 21 tahun ditahan di Pos Kawalan Imigresen Pandaruan petang kelmarin dalam Ops Waran atas kesalahan memiliki waran tangkap di bawah Seksyen Seksyen 12(2) ADB 1952.

Suspek dari Kampung Limpaong di sini ditahan jam 1.50 petang kelmarin akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang semalam untuk proses pertuduhan.

 ??  ?? DIJILAT API: Keadaan kebakaran yang begitu marak di bahagian belakang rumah tersebut.
DIJILAT API: Keadaan kebakaran yang begitu marak di bahagian belakang rumah tersebut.
 ??  ?? TERBAKAR: Kereta milik mangsa ditemui terbakar di tepi jalan Lubuk Piasau, Limbang.
TERBAKAR: Kereta milik mangsa ditemui terbakar di tepi jalan Lubuk Piasau, Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia