Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja beranikan diri cuba padam api

-

MIRI: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun memberanik­an diri bertindak cuba memadamkan kebakaran di rumah jirannya di Lorong Cempaka, Kampung Tudan Fasa 4 di sini, malam kelmarin.

Mohd Ali Maili berkata, semasa kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah rakannya yang tinggal berdekatan.

“Dalam perjalanan pulang, saya terlihat api besar di rumah jiran saya yang boleh dikatakan setinggi atap rumah setingkat itu, lalu bergegas memanggil kawan saya untuk melihatnya.

“Kami cuba memadamkan kebakaran itu namun gagal apabila api yang bermula dari belakang rumah itu marak begitu cepat,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lima sekeluarga hanya mampu menahan sebak apabila rumah mereka ranap dalam kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian belakang.

Pemilik rumah Abu Bakar Suut, 57, berkata, kejadian berlaku semasa mereka sekeluarga tiada di rumah kerana pergi mengambil anak saudara di terminal bas kira-kira jam 8 malam.

Tinjauan wartawan Utusan Borneo di tempat kejadian menyaksika­n ahli keluarga berjaya menyelamat­kan dokumen penting terlebih dahulu selepas anggota bomba berjaya mengawal api.

Manakala sebuah lori kecil milik penghuni rumah yang diparkir di tempat letak kereta tidak sempat dikeluarka­n lalu turut musnah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, kebakaran melibatkan rumah kampung setingkat jenis struktur kekal itu dilaporkan menyebabka­n kemusnahan 40 peratus.

“Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya api tersebut dengan menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.

“Tiada mangsa yang dilaporkan tercedera akibat kebakaran terbabit,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Law berkata, anggota dan jentera daripada dua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) iaitu BBP Lopeng dan BBP Miri digerakkan bagi operasi memadam kebakaran tersebut setelah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 9.01 malam.

 ??  ?? BERTUNGKUS LUMUS: Salah seorang anggota bomba mengawal kebakaran yang hampir memusnahka­n rumah tersebut.
BERTUNGKUS LUMUS: Salah seorang anggota bomba mengawal kebakaran yang hampir memusnahka­n rumah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia