Utusan Borneo (Sarawak)

Simpanan KWSP mencukupi jamin kesejahter­aan hidup pesara

-

KOTA BHARU: Simpanan yang mencukupi amat penting bagi menjamin kehidupan yang selesa selepas seseorang itu bersara, jika tidak beliau mungkin terpaksa bekerja seumur hayat demi kelangsung­an hidup.

Pelan persaraan adalah perkara penting yang perlu difikirkan bagi memastikan pesara tidak terjerut dengan masalah kewangan ketika usia emas.

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara pelan persaraan hari tua yang efisien dan mampu memberi jaminan kepada pesara.

Seorang pencarum KWSP Wan Rosmawati Mohd Zain, 47, berkata tanpa disiplin yang mantap seseorang mungkin tidak berjaya menyimpan duit secara konsisten.

“Dengan adanya kaedah caruman KWSP secara automatik kita dapat menyimpan secara tetap setiap bulan melalui potongan gaji selain potongan daripada majikan. Ini sekali gus memberi jaminan kewangan kepada kita selepas bersara kelak,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya dengan duit caruman tersebut pencarum mampu merealisas­ikan impian masing- masing termasuk melangsaik­an hutang, membeli rumah, membiayai pembelajar­an anak- anak atau pun bagi orang Islam, menunaikan haji.

Wan Rosmawati yang mempunyai empat anak itu berkata beliau merancang untuk menggunaka­n duit caruman untuk melancong bersama keluarga ke beberapa negara selepas menunaikan haji.

“Saya sudah memiliki rumah jadi saya mungkin menggunaka­n sebahagian duit untuk melancong bersama keluarga kerana ketika itu saya tidak lagi mempunyai komitmen kerja.

“S e l e b i h n y a a k a n dilaburkan ke dalam skim berdaftar yang akan memberi pulangan keuntungan,” katanya yang telah mencarum selama 27 tahun.

Pencarum Rosni Ariffin, 45, pula berkata persaraan yang selesa baginya adalah memiliki rumah sendiri selain dapat mengerjaka­n ibadat haji.

“Bukan mudah untuk memiliki sejumlah besar wang sekaligus tanpa mencarum, namun wang caruman yang diperolehi perlu diuruskan dengan betul dan berhemah. Saya pastinya akan memanfaatk­an duit caruman untuk membeli rumah dan menunaikan haji agar duit tersebut tidak disalah guna kepada perkara lain,” katanya.

Rosni bagaimanap­un berharap pihak KWSP dapat menambahba­ik polisi dengan membenarka­n ahli membuat pengeluara­n wang simpanan KWSP lebih awal bagi tujuan menunaikan haji.

Katanya, ia penting bagi memberi peluang kepada jemaah menunaikan haji pada usia lebih muda dengan kesihatan yang lebih baik.

“Mungkin pengeluara­n duit caruman boleh dibenarkan ketika umur pencarum 45 tahun kerana di usia tersebut jemaah masih sihat dan sudah dibenarkan ke tanah suci Mekah tanpa muhrim,” katanya.

Dalam pada itu seorang lagi pencarum, Zakaria Yin, 44 berkata, beliau telah mengeluark­an sejumlah wang dalam akaun keduanya kirakira empat tahun lepas bagi tujuan melanjutka­n pelajaran di peringkat ijazah.

“Alhamdulil­lah dengan keistimewa­an yang disediakan KWSP saya dapat meneruskan pengajian dengan lancar kerana setiap semester yuran pengajian dipotong terus daripada wang caruman.

“Jadi saya dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengajian tanpa perlu mengeluark­an wang lain bagi membayar yuran,” katanya yang telah berjaya menamatkan pengajian tahun lepas.

Katanya kejayaan beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan membolehka­nnya mengembang­kan lagi kerjaya dengan gaji yang lebih baik.

Sementara itu katanya, beliau akan memanfaatk­an simpanan KWSP Akaun 1 untuk mengurangk­an hutang rumah sedia ada selain membiayai pembelajar­an dua anaknya dan membuat pelaburan apabila mencapai umur 55 tahun.

Wan Rosmawati, Rosni dan Zakaria adalah kakitangan bank di Kelantan.

Sementara itu seorang jurugambar sebuah akhbar tempatan Muhd Sazuki Embong, 57, berkata beliau telah memanfaatk­an semua wang carumannya untuk menyiapkan rumahnya selain membeli tanah kebun.

“Proses menyiapkan rumah berjalan lancar selepas saya mendapat wang caruman. Saya bersyukur kerana kini dapat menduduki rumah yang selesa. Saya rasa tanpa wang caruman ini mungkin saya terpaksa melalui banyak prosedur jika membuat pinjaman bank,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia