Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Utiliti akan beri taklimat berhubung pelan tindakan kecemasan

-

KUCHING: Kementeria­n Utiliti akan memberi taklimat berhubung pelan tindakan kecemasan untuk Empangan Bengoh kepada penduduk sekitar pada suku pertama tahun depan.

Sambil memberi jaminan bahawa Empangan Bengoh adalah stabil dan selamat dari segi struktur dan secara teknikal, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memberitah­u, pihaknya bagaimanap­un akan mendapatka­n pengulas pihak ketiga terhadap empangan tersebut.

“Dalam keadaan kecemasan, yang mana tidak mungkin berlaku, pelan tindak balas kecemasan (ERP) telah dibangunka­n dan perkara ini akan diterangka­n kepada penduduk pada suku pertama tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan The Borneo Post pada 20 Disember bertajuk Kementeria­n Utiliti perlu mendedahka­n pelan tindakan kecemasan untuk Empangan Bengoh.

Dr Rundi berkata, kerjakerja infrastruk­tur kecemasan juga kini di bawah peringkat perancanga­n.

Menurut beliau, pelepasan air juga akan dilakukan secara kerap pada Januari 2018.

Dengan itu katanya, Lembaga Air Kuching akan men- gaktifkan kumpulan WhatsApp membabitka­n semua pihak berkepenti­ngan untuk berkongsi maklumat berhubung status pelepasan air tersebut.

Selain itu katanya, latihan tindak balas kecemasan luar juga akan dilaksanak­an pada April 2018 untuk empat kampung yang terdekat dengan empangan.

Katanya, butir-butir lanjut akan disalurkan melalui penyelaras­an rapat dengan Pejabat Residen termasuk Pejabat Daerah Padawan.

Manakala latihan kecemasan untuk kampung-kampung lain dan sekolah akan dijalankan secara berperingk­at pada 2018.

“Pelan tindakan kecemasan ini akan dinilai dan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk disesuaika­n dengan perubahan dan keadaan, seperti penempatan semula sebuah sekolah atau peningkata­n dalam bilangan kampungkam­pung.

“Dokumen-dokumen ini boleh didapati untuk dilihat dan dibaca di Pejabat Lembaga Air Kuching,” katanya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Chambai (tiga kiri) bersama ahli keluargany­a ketika berkunjung ke Rumah Taip (dua kiri) sempena Krismas, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Chambai (tiga kiri) bersama ahli keluargany­a ketika berkunjung ke Rumah Taip (dua kiri) sempena Krismas, kelmarin.
 ??  ?? DR STEPHEN RUNDI
DR STEPHEN RUNDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia