Utusan Borneo (Sarawak)

Masih ramai ambil mudah buat penamaan waris untuk simpanan KWSP mereka: CUEPACS

-

ALOR SETAR: Sikap tunggu dan lihat serta tidak faham kepentinga­n penamaan waris menjadi antara faktor masih ramai yang tidak membuat penamaan waris untuk simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja- pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Cawangan Kedah Mohd Fadzil Md Isa berkata antara kesilapan paling besar ramai pencarum ialah menganggap ahli keluarga atau warisnya boleh melakukan sendiri tuntutan selepas pencarum meninggal dunia.

“Ramai antara mereka menggunaka­n konsep ‘ahli keluarga pandai- pandailah sendiri’ untuk menguruska­n tuntutan caruman di KWSP apabila pencarum itu meninggal dunia kelak.

“Apa yang mereka tidak tahu, mereka hanya menyukarka­n ahli keluarga mereka untuk menyegerak­an tuntutan kerana tanpa penamaan, tempoh penyerahan tuntutan akan mengambil masa yang lebih lama,” katanya kepada Bernama.

Katanya status perkahwina­n juga menjadi antara faktor ramai dalam kalangan pencarum yang berlengah daripada membuat penamaan.

“Masa bujang, penamaan tidak dirasakan penting kerana tanggungja­wab tidak begitu besar dan apabila sudah berkeluarg­a, sibuk dan tidak ada masa untuk pergi ke pejabat KWSP. Jadi, perkara ini berterusan hinggalah sesuatu terjadi kepada pencarum,” katanya.

Bukan itu sahaja, tanggapan bahawa urusan pembahagia­n wang simpanan di KWSP itu diuruskan secara faraid justeru tidak memerlukan penamaan juga harus diubah.

“Sebagai orang Islam, memang kita digalakkan mengikut sistem faraid dalam pembahagia­n harta terma-suk wang caruman KWSP sekiranya berlaku kematian dan penama berperanan sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggun­gjawab mengagihka­n simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris yang berhak.

“Pun begitu, apa yang dilakukan KWSP bagi penamaan ini adalah antara langkah terbaik dalam memudahkan urusan tuntutan.

“Bila ada penamaan waris, semua pihak sudah tahu ke mana atau siapa yang berhak mendapat wang tersebut. Jadi, tidak perlu membuang masa yang lama untuk mencari waris sebelum wang caruman tersebut diagihkan mengikut sistem faraid,” katanya.

Untuk itu, Mohd Fadzil menyaranka­n semua ahli keluarga memainkan peranan agar tidak bertangguh dalam melakukan penamaan serta menyebarka­n kepentinga­n penamaan ini kepada generasi muda.

“Konsepnya, seperti anda mengambil insurans. Anda hanya mengetahui kepentinga­nnya apabila sesuatu terjadi kepada diri sendiri atau ahli keluarga anda. Jadi, jangan ambil mudah dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, seorang juruukur bahan Nur Atiqah Che Hassan, 24, menjelaska­n dia belum membuat penamaan disebabkan tidak faham dan tidak tahu cara melakukann­ya.

“Mungkin tiada pendedahan mengenai perkara ini memandangk­an hanya saya seorang yang bekerja dalam sektor swasta berbanding ahli keluarga lain di sektor kerajaan yang menerima pencen.

“Walaupun telah mencarum sejak 2015, sampai sekarang saya masih belum melakukan penamaan dan mungkin akan melakukan selepas ini tapi tidak tahu bila,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TERIMALAH: Clare (tengah), isteri kepada ADUN Bukit Semuja, John Ilus mewakili SABATI menyampaik­an sumbangan kepada Wan Ahmad (kiri) sambil diperhatik­an Jenny (kanan) pada Majlis Hari Krismas 2017 PDK Serian baru-baru ini.
TERIMALAH: Clare (tengah), isteri kepada ADUN Bukit Semuja, John Ilus mewakili SABATI menyampaik­an sumbangan kepada Wan Ahmad (kiri) sambil diperhatik­an Jenny (kanan) pada Majlis Hari Krismas 2017 PDK Serian baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia