Utusan Borneo (Sarawak)

SABATI meraikan penghuni PDK Serian

-

KUCHING: Penghuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serian baru-baru ini telah diraikan pada majlis sambutan Hari Krismas oleh Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Pihak SABATI diwakili isteri Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bukit Semuja Clare Lanja Tenggeng menyampaik­an sumbangan berupa cek dan bahan makanan kepada PDK Serian.

Sumbangan telah disampaika­n kepada Pengerusi PDK Serian Wan Ahmad Wan Shukran.

Turut hadir Pengerusi SKUAD Kasih Sayang Bukit Semuja Jenny Jita yang juga merupakan ketua Pergerakan Wanita PBB Bukit Semuja.

Pada majlis yang sama, penghuni turut dihidangka­n dengan jamuan ringan dan saling bersuai kenal. SRI AMAN: Seramai 56 pesakit di Hospital Sri Aman menerima sumbangan berupa hadiah Krismas daripada Lembaga Pelawat Hospital Sri Aman sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2018 di sini, semalam.

Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sri Aman Kapitan Tiong Chong Onn berkata, program penyampaia­n dan lawatan ke Hospital Sri Aman sempena waktu perayaan ini salah satu aktiviti tahunan lembaga.

Menurutnya, aktiviti seperti ini bukan sahaja sempena Krismas malah pihaknya turut menyampaik­an dan melawat pesakit di hospital ini setiap kali menjelang perayaan utama di Malaysia seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai dan Deepavali.

Beliau menambah, melalui kunjungan ini pihaknya berharap sumbangan tersebut dapat meringanka­n beban mereka yang sedang menerima rawatan di hospital ini.

“Kita mahu mereka yang menerima rawatan di hos- pital berasakan diri mereka turut dihargai walaupun tidak dapat meraikan perayaan ini bersama sanak- saudara,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yang mewakili ahli Jawatankua­sa Lembaga Pelawat Hospital Sri Aman turut merakamkan penghargaa­n kepada Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis yang telah menyumbang hadiah untuk disampaika­n kepada para pesakit terbabit.

 ??  ?? SEMPENA KRISMAS: Tiong (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit di Wad Bersalin sambil diperhatik­an yang lain.
SEMPENA KRISMAS: Tiong (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit di Wad Bersalin sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia