Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai Dayak diharap ceburi industri makanan dan pertanian

-

KUCHING: Lebih ramai masyarakat Dayak diharap dapat menceburi bidang ekonomi menerusi industri makanan dan pertanian dengan memanfaatk­an tanah sebelum terbiar tidak diusahakan dan sebagainya.

Pengasas Kumpulan Pemikir Dayak atau DTTG Willie Henry Majang berkata demikian dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2018 kepada komuniti Dayak di negeri ini ini.

“Kami berharap dengan kesediaan masyarakat Dayak untuk menceburi aktiviti ekonomi, ia secara beransuran­sur akan memacu pemimpin Dayak.

“Ia untuk mewujudkan satu platform yang lebih baik untuk masyarakat Dayak bergiat lebih aktif dan agresif dalam menjana industri makanan serta minuman selain mengamalka­n kaedah pertanian pintar,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Tambah Willie, sepanjang tahun 2017, semakin ramai masyarakat Dayak yang terlibat dalam industri makanan dan pertanian moden.

Sehubungan itu, beliau berharap perubahan itu menjadi kebiasaan dalam masa terdekat sebagai aktiviti ekonomi yang dipelbagai­kan untuk meningkatk­an lagi taraf ekonomi masyarakat Dayak.

Wellie juga berharap masyarakat Dayak di negeri ini mengambil peluang daripada musim perayaan ini untuk menziarahi rakan.

Ia sekali gus mengeratka­n lagi hubungan persaudara­an, semangat muhibah dan perpaduan bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan kaum dan penganut agama lain di negeri ini, ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia