Utusan Borneo (Sarawak)

Soo persoal tindakan DAP bangkit penceroboh­an wilayah laut Sarawak

-

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo mempersoal­kan tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang membangkit­kan penceroboh­an wilayah laut Sarawak selepas Akta Laut Wilayah 2012 diluluskan pada 2012.

Soo yang merujuk kepada DAP dalam laporan The Borneo Post baru- baru ini berkata, setahu beliau tidak ada Ahli Parlimen pembangkan­g membantah Akta Laut Wilayah yang diwartakan pada 22 Jun 2012.

Beliau turut menyeru Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching selama tiga penggal, untuk mengemukak­an hansard yang boleh mengesahka­n apa-apa bantahan kepada Akta Laut Wilayah jika ada, oleh beliau sendiri atau Penasihat DAP Lim Kit Siang atau manamana pemimpin pakatan yang lain.

“Mengapa Ahli Parlimen pembangkan­g daripada parti politik Semenanjun­g Malayia, yang mana ramai terdiri daripada kalangan peguam, yang sepatutnya menjadi pemerhati daripada pembaziran dan salah laku kerajaan BN senyap, berhubung keutuhan wilayah dan kedaulatan Sarawak dan Sabah?” soalnya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Soo turut menyeru Pakatan Harapan di Sarawak untuk terus peka dalam mempertaha­nkan hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau pada masa sama turut menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri jika mereka telah meluluskan undang-undang itu di Dewan Undangan Negeri ( DUN) kerana Parlimen tidak dapat meluluskan­nya tanpa persetujua­n DUN Sarawak.

“Sekiranya langkah itu tidak diambil, maka kerajaan Sarawak kita mesti menuntut Akta Laut Wilayah 3 (3) digantikan dengan: Akta ini tidak terpakai bagi Sarawak dan Sabah,” katanya.

 ??  ?? LINA SOO
LINA SOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia