Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan maut dapat dielak jika kontraktor patuhi protokol keselamata­n

-

KUCHING: Kemalangan meragut nyawa di Padang Merdeka, Jalan Tun Abang Haji Openg semalam dapat dielakkan jika kontraktor mematuhi protokol keselamata­n atau prosedur operasi standard (SOP) diluluskan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan.

Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, Dr Kelvin Yii berkata hakikatnya penunggang motosikal berusia 28 tahun yang melanggar penghadang jalan sebelum terhumban ke lubang projek pembinaan tersebut menunjukka­n kemungkina­n tanda amaran tidak mencukupi diletakkan di kawasan itu.

Berdasarka­n protokol keselamata­n katanya, tandatanda amaran bukan sahaja perlu mencukupi, tetapi juga perlu jelas kelihatan dan penghadang perlu diletakkan dari 10 meter ke 50 meter dari lubang berkenaan, bukan di luar lubang pembinaan berkenaan.

“Terdapat keperluan segera untuk lebih banyak tanda amaran di kawasan itu selain memerlukan penghadang mencukupi bagi memberi amaran mengenai lubang pembinaan di atas jalan raya kepada pengguna.

“Lubang di tengah jalan raya umpama ‘ perangkap maut’ menunggu kemalangan berlaku ekoran kekurangan langkah keselamata­n diambil,” katanya yang turut ke lokasi kejadian, semalam.

Dalam insiden sekitar jam 6.30 pagi itu, seorang lelaki dikenali sebagai Dina Dzulkarnai­n Asan, 28, ditemui maut selepas motosikal yang ditunggang­nya melanggar penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam lubang projek pembinaan saliran di Padang Merdeka.

Dr Yii berkata, kawasan itu yang tidak dilengkapi dengan pencahayaa­n mencukupi turut mengundang risiko khasnya ketika hujan dan waktu malam, kerana menyukarka­n pengguna jalan raya melihat lubang berkenaan.

Menurutnya, ia merupakan isu serius dan pihak kontraktor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh dianggap cuai kerana tidak memantau dengan baik serta memastikan langkah keselamata­n sewajarnya diambil.

Projek pembinaan itu, sebahagian daripada projek perparitan bandar raya ini bernilai RM8.5 juta yang dimulakan tahun lepas, katanya dijangka siap menjelang Mac tahun depan.

“Oleh itu, saya mendesak pihak berkuasa dan kontraktor berkaitan agar bertanggun­gjawab terhadap apa yang telah berlaku.

“Siasatan bebas perlu dilakukan atas kemalangan itu bagi mereka yang terjejas dan memastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya.

Di negara maju katanya, kontraktor dan PBT perlu bertanggun­gjawab atas manamana kemalangan berpunca daripada kecuaian mereka, sambil menjadikan kes di United Kingdom di mana PBT diarah membayar RM6 juta ekoran kemalangan akibat lubang jalan.

“Saya turut menggesa agar projek itu disiapkan secepat mungkin demi keselamata­n dan keselesaan orang awam ekoran risiko keselamata­n dan kesesakan trafik yang telah diakibatka­n.

“Kita tidak mahu satu lagi nyawa melayang sebelum pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah-langkah yang perlu dan mengikuti protokol keselamata­n diperlukan,” katanya.

 ??  ?? PERANGKAP MAUT: Dr Yii berada di lokasi lubang pembinaan yang meragut nyawa penunggang motosikal pagi semalam.
PERANGKAP MAUT: Dr Yii berada di lokasi lubang pembinaan yang meragut nyawa penunggang motosikal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia