Utusan Borneo (Sarawak)

Henti spekulasi salah DBKU berhubung kemalangan maut di projek saliran

-

KUCHING: Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai memohon orang ramai menghentik­an spekulasi liar yang meletakkan kesalahan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berhubung kemalangan yang meragut nyawa pengguna jalan raya.

Ia susulan i nsiden kemalangan di Jalan Tun Abang Haji Openg berhampira­n Padang Merdeka semalam, apabila seorang lelaki terbunuh setelah motosikal yang ditunggang­nya terjunam ke dalam lubang sistem saliran yang sedang diselengga­ra.

Mangsa yang dikenali sebagai Dina Dzulkarnai­n Asan, 28, itu ditemui orang awam yang melalui jalan tersebut kira-kira jam 6.30 pagi sebelum menghubung­i Balai Polis Sentral (CPS).

Bagaimanap­un lelaki dari Taman Dahlia, Matang itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai lemas di dalam lubang yang mengandung­i air itu selepas dihempap motosikaln­ya.

Mengulas lanjut, Abang Abdul Wahap berkata DBKU bekerjasam­a dengan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan (DOSH) mengenai aspek keselamata­n projek tebatan banjir dan juga pengguna jalan raya di tapak projek yang sedang dibina.

“Kami (DBKU) berpuas hati dengan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor bagi projek tebatan banjir dan mereka (kontraktor) telah melaksanak­an dengan aspek keselamata­n.

“Sudah tentu kami meminta kontraktor melakukan lebih banyak aspek keselamata­n tetapi semua asas keselamata­n mengenai orang awam telah diwujudkan untuk mengelakka­n sebarang bentuk kemalangan yang tidak diingini semasa projek tebatan banjir sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung insiden itu semalam sambil menambah, pihak kontraktor telah meletakkan lampu dan meletakkan halangan untuk keselamata­n.

Abang Abdul Wahap menggesa orang ramai supaya berhenti membuat spekulasi mengenai kemalangan itu dan menyerahka­n kepada pihak polis untuk menyiasat kes.

Daripada aspek pengguna jalan raya, Shadiqqin Bahrin, 30, berkata pihak berkuasa tempatan harus memandang serius pelaksanaa­n projek rakyat.

“Terutama dari segi tempoh dan lokasi projek, kerana jika ia lewat pasti memberi impak negatif kepada pengguna jalan raya.

“Jelas sekali hari ini (Selasa) satu nyawa terkorban, malah kerja-kerja pembinaan parit itu sangat perlahan walaupun berskala kecil,” katanya.

 ??  ?? SHADIQQIN
SHADIQQIN
 ??  ?? ABANG ABDUL WAHAP
ABANG ABDUL WAHAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia